15 December 2009

UNGKIT ATAU TERUS KE HADAPAN

Bila melaksanakan sesuatu tugasan, kita biasanya diuji dengan kepelbagaian permasalahan atau halangan.  Ini adalah ujian dan cabaran yang perlu dihadapi dan merupakan kejayaan jika dapat menangani dengan bijak.  Tetapi seringkali kita menyalahkan atau mengungkit kesilapan pihak terdahulu atau mempertikaikan pihak lain. Isunya mengapa kita tidak memikirkan dahulu sebelum melaksanakan tugasan. Atau mengapa kita tidak anggap ianya cabaran? Bermula dari titik permasalahan yang wujud, kita tidak perlu mempertikaian punca masalah dan menyalahkan pihak lain. Lebih baik terus berfikir krhadapan untuk penyelesaian dan jadikan ianya panduan.

11 December 2009

SEJAUH MANA PERJALANAN... LANGKAH PERTAMA AMAT PENTING

Tercetusnya perkara ini bila terperasan seoran pelajar menangis teresak-esak ketika menjawab soalan STPM 2009 yang lalu. Masa telah tamat dan beliau terus menangis kerana hanya menjawab 2 daripada 4 soalan. Tertanya-tanya juga pengurusan masa yang tak pintar oleh calon tersebut. Kasihan ada, marah pun ada kerana sepatutnya telah ada persediaan yang jitu dan bukannya simpati air mata. Lalu teringat kata sahabat yang bekerja menuai buah keapa sawit kerana angkah pertama ke kebun adalah langkah kehidupan keuarganya. Jika tewas dilangkah pertama maka kegagalan akan menunggu di perjalanan...

14 November 2009

JUJUR ATAU BERPURA-PURA

KEBENARAN ATAU MENJAGA HATI

Seringkali pentafsiran atau pentaksiran yang terlalu analitikal menjadi perbalahan. Dan ini mengundang kepada satu permasalahan. Contohnya ialah jika kita bercakap benar seperti menyatakan bahawa masakan itu tidak sedap, maka tukang masak, atau pengurusan tukang masak atau penaja makanan kita atau sesiapa yang terlibat secara langsung dalam penyediaannya akan terasa atau benrkecil hati.  Sedangkan kita bercakap benar. Tapi bila kita mengatakan sedap, walhal ianya tak sedap, mereka gembira.  Kebenaran selalu menjadi senjata pergaduhan. Mengapa mereka sukar menerima kebenaran. Sebab berkata sesuatu yang tak benar adalah fitnah. Atau mungkin yang berkata itu tersilap...

09 November 2009

NADA KEKECEWAAN


Jika terdengar keluhan atau pertuturan seperti "aku dah mati baru dapat kut!".. Ungkapan ini boleh digambarkan oleh pihak ketiga atau pihak kedua sebagai ucapan yang menggambarkan kerana kekecewaan. Ia merupakan senjata untuk mendapatkan simpati. Darisatu sudut pula menggambarkan petutur begitu kecewa. Disinilah kelemahan yang wujud pada petutur.  Oleh itu jika ianya diperkatakan sentiasa maka telah menjadi kebiasaan yang tidak akan dijadikan sebagai satu peringatan.... Pun begitu sudut pandangan berbeza akan mengatakan bahawa ini adalah amaran atau ada ketikanya yang dihuraikan sebagai buang tebiat. Adalah menadi kelaziman bahawa sesuatu kejadian ada sebab dan akibatnya. Sebab itu manusia tidak menyalahkan malaikat maut yang setia menjalankan tugasnya. sebaliknya manusia akan menjadikan sebab-sebab lain sebagai punca kematian. Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

07 November 2009

HAJI.... MENGAPA MASIH RAMAI YANG TERTANYA TANYA

Kalau memberi alasan, kita akan terus berdalih tetapi adakah alasan itu satu penyelesaian permasalahan atau satu pelarian..  Begitu juga, jika kita berlaku adil, adakah ianya saksama. Samada penyelesaian atau permasalahan, alasan akan diberikan yang berdasarkan kepentingan semasa atau individu. Sebagai hamba Allah, mampukah kita bertindak dengan sewajarnya. Musim haji tahun ini masih lagi belum membuka ruang untuk sesetengah individu memasang niat untuk menunaikannya. Alasan pelbagai diberikan dan begitu juga hujahan yang menentang atau menyokong. Isu yang ingin disampaikan ialh jika tidak terlintas untuk menunaikan haji, adakah ianya satu masalah, pelarian atau sekadar beberapa alasan.

10 October 2009

HAFAL, HAFAZ ATAU FAHAM

Hari ini adalah antara hari ke 3 dan ke 4, ilmu membuat "benda Ini" dilakukan dan semakin lama semakin menyeronokan. Ini kerana suapan yang tersedia di alam maya ini adalah tanpa sempadan.. Kalau nak yang hitam, maka dapatlah hitam, kalau nak putih, dapatlah putih dan begitulah seterusnya. Jadi, jati diri adalah kekuatan yang perlu wujud. Tetapi serangan, hakisan akan terus mendatang dan ini menjadikan ketahanan mental dan fizikal. Oleh itu bila telah faham, maka tak perlu untuk dihafal tetapi jika dihafaz dengan baik, bolehkah kita menjadi faham? Apa yang ingin diterangkan ialah bila sesuatu itu kita kuasai, maka kita bisa menguasai keseluruhannya dengan izin Allah SWT. Yang kurik itu kundi, Yang merah itu saga.....

08 October 2009

UJIAN ATAU BALA

 Merenungi banjaran titiwangsa, pelbagai kemungkinan yang ada disitu. Anugerah yang tidak ternilai untuk dianalisis.  Bila merenung diri ini, pelbagai musibah, penyakit, kekurangan terus terpapar diminda.. Kekurangan yang diterima ini, jika dinilai dari satu arah fikiran merupakan bala yang diterima atau ujian yang sedang dihadapi dan ketabahan serta ketaqwaan kepada Allah S.W.T merupakan benteng yang menjaddikan insan meneruskan kehidupan...

07 October 2009

CABARAN TEKN0LOGI MAKLUMAT

ILMU BARU BERMULA

Hari ini adalah hari pertama menyahut cabaran dalam bidang penulisan dan meluahkan idea. Sebenarnya desakan persekitaran yang menjuruskan wujudnya blog ini yang menumpukan kepada kreativiti pemikiran semasa dan analogi dengan persekitaran. Andainya pendapat dan luahan serta kritikan ini bersifat keterlaluan, anggaplah ianya sebagai satu panduan, sempadan atau pandangan peribadi sahaja. Titiwangsa di pilih kerana banjaran inilah yang selalu dilihat saban hari dan di pinggir banjaran ini juga seribu satu kejadian dan pastinya lebih memberikan gambaran kehidupan.