14 November 2009

JUJUR ATAU BERPURA-PURA

KEBENARAN ATAU MENJAGA HATI

Seringkali pentafsiran atau pentaksiran yang terlalu analitikal menjadi perbalahan. Dan ini mengundang kepada satu permasalahan. Contohnya ialah jika kita bercakap benar seperti menyatakan bahawa masakan itu tidak sedap, maka tukang masak, atau pengurusan tukang masak atau penaja makanan kita atau sesiapa yang terlibat secara langsung dalam penyediaannya akan terasa atau benrkecil hati.  Sedangkan kita bercakap benar. Tapi bila kita mengatakan sedap, walhal ianya tak sedap, mereka gembira.  Kebenaran selalu menjadi senjata pergaduhan. Mengapa mereka sukar menerima kebenaran. Sebab berkata sesuatu yang tak benar adalah fitnah. Atau mungkin yang berkata itu tersilap...

09 November 2009

NADA KEKECEWAAN


Jika terdengar keluhan atau pertuturan seperti "aku dah mati baru dapat kut!".. Ungkapan ini boleh digambarkan oleh pihak ketiga atau pihak kedua sebagai ucapan yang menggambarkan kerana kekecewaan. Ia merupakan senjata untuk mendapatkan simpati. Darisatu sudut pula menggambarkan petutur begitu kecewa. Disinilah kelemahan yang wujud pada petutur.  Oleh itu jika ianya diperkatakan sentiasa maka telah menjadi kebiasaan yang tidak akan dijadikan sebagai satu peringatan.... Pun begitu sudut pandangan berbeza akan mengatakan bahawa ini adalah amaran atau ada ketikanya yang dihuraikan sebagai buang tebiat. Adalah menadi kelaziman bahawa sesuatu kejadian ada sebab dan akibatnya. Sebab itu manusia tidak menyalahkan malaikat maut yang setia menjalankan tugasnya. sebaliknya manusia akan menjadikan sebab-sebab lain sebagai punca kematian. Hanya Allah yang Maha Mengetahui..

07 November 2009

HAJI.... MENGAPA MASIH RAMAI YANG TERTANYA TANYA

Kalau memberi alasan, kita akan terus berdalih tetapi adakah alasan itu satu penyelesaian permasalahan atau satu pelarian..  Begitu juga, jika kita berlaku adil, adakah ianya saksama. Samada penyelesaian atau permasalahan, alasan akan diberikan yang berdasarkan kepentingan semasa atau individu. Sebagai hamba Allah, mampukah kita bertindak dengan sewajarnya. Musim haji tahun ini masih lagi belum membuka ruang untuk sesetengah individu memasang niat untuk menunaikannya. Alasan pelbagai diberikan dan begitu juga hujahan yang menentang atau menyokong. Isu yang ingin disampaikan ialh jika tidak terlintas untuk menunaikan haji, adakah ianya satu masalah, pelarian atau sekadar beberapa alasan.