22 October 2011

Kejayaan dan Kegagalan

Suatu ketika dahulu seorang sahabat mengucapkan tahniah diatas kegagalan aku. Mengapa? Sebab engkau gagal, maka aku lulus. Ceh..  25 tahun kemudian barulah dapat kerasionalannya kerana jika semua lulus, maka siapakah yang akan melakukan tugas-tugas orang gagal. Kalau semua nak jadi pengarah, atau tokey atau boss, siapa nak jadi pekerja? Betul jugak tu.

Kepada mereka yang akan menghadapi STPM bermula 21 November ini, kuatkan semangat dan usaha. Jika kegagalan yang dikecapi, ianya hanya cebisan hidup sahaja sebab masih banyak ruang untuk berjaya. Tak ada jalan A, guna jalan B, C, D dan seterusnya. Tapi kalau anda tida berusaha, kepastiannya anda dah pun tahu.

Kejayaan juga ada risikonya kerana harapan tinggi akan dinanti. Oleh itu pastikan kejayaan itu asli dan bernilai. Bezanya hanya laluan pantas sahaja untuk ke alam pekerjaan. Ianya tidak bermakna jika anda tidak memasarkan diri sendiri.

Realitinya: Saya nak anda semua berjaya dengan cemerlang.
Fantasinya: Anda medapat straight A..

Santai dan fikir..