TITIWANGSA
CATATAN MINDA, PENGAMATAN, PEMERHATIAN DAN GERAK HATI... PENGAJIAN AM STPM...
09 January 2014
KAJIAN KES : PENGURUSAN BERKESAN
Southwest Airlines merupakan sebuah
syarikat U.S yang efektif dan telah berjaya memperolehi untung yang konsisten
setiap tahun semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1967. Jabatan Pengangkutan U.S.
telah mengumumkan bahawa Southwest Airlines merupakan sebuah syarikat yang
dominan di dalam pasaran pengangkutan udara dan berjaya membawa perubahan
kepada keseluruhan pasaran tersebut.
Southwest
telah berjaya memperolehi hasil tahunan sebanyak 3.5 billion dollar dengan
sedikit hutang di mana untung meningkat secara konsisten setiap tahun.
Beroperasi di lebih daripada 50 buah bandar besar di 24 negara, Southwest
mempunyai 243 buah kapal terbang (semuanya Boeing 737). Southwest merupakan
sebuah syarikat maju yang menawarkan kadar bayaran yang rendah dan hanya
menjalankan penerbangan dalam tempoh perjalanan yang singkat iaitu yang
mengambil masa tidak lebih dari satu jam. Contohnya
penerbangan dari Dallas ke Houston yang mempunyai jarak 250 batu. Terdapat
hampir 100 penerbangan yang beroperasi di antara Dallas dan Houston pada setiap
hari yang menawarkan bayaran hanya serendah 39 dollar.
Di antara kunci kejayaan Southwest
adalah keupayaannya untuk mengawal kos. Southwest tidak beroperasi di peringkat
antarabangsa, juga tidak menyediakan makanan dan tidak menawarkan tempat duduk
khusus untuk golongan tertentu. Ia juga tidak menawarkan perkhidmatan
memindahkan bagasi penumpang ke penerbangan yang seterusnya.
Kos penyelenggaraan dan juga
prosedur latihan menjadi lebih mudah dan murah berbanding dengan organisasi
lain kerana Southwest hanya memiliki satu jenis kapal terbang iaitu Boeing 737.
Disebabkan tambang lebih murah yang dikenakan kepada penumpang, keadaan ini
tidak membenarkan Southwest mengeluarkan perbelanjaan yang besar terhadap penyelenggaraan
yang dirasakan tidak perlu. Southwest Airlines hanya mengambil masa kurang
daripada 20 minit untuk berhenti sebelum penerbangan yang seterusnya. Manakala
kebanyakan syarikat lain biasanya mengambil masa hampir sejam untuk proses
pembersihan dan penyelenggaraan sebelum penerbangan yang seterusnya.
Herb Kelleher, CEO Southwest
merupakan seorang yang dihormati dan sentiasa menjaga kebajikan para
pekerjanya. Salah satu daripada polisi yang diamalkan oleh Kelleher adalah
tiada pekerja yang akan diberhentikan walaupun pada masa kritikal. Ini
menyebabkan kebanyakan pekerjanya setia kepada syarikat. Contohnya pada tahun
1990-1991 apabila berlaku krisis kenaikan harga bahan api, seramai 1/3 daripada
8600 pekerjanya sanggup menawarkan diri untuk dipotong gaji bagi membantu
syarikat membeli bahan api yang diperlukan Southwest Airlines. Walaupun gaji
yang ditawarkan oleh Southwest adalah gaji purata di pasaran, namun pekerjanya
dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan budaya syarikat malah sanggup meluangkan
lebih usaha, masa dan tenaga terhadap kerja yang dilakukan.
Soalan:
- Apakah tahap pengurusan bagi Herb Kelleher dan peranan
yang
dimainkan oleh beliau di peringkat
ini?
- Bincangkan empat fungsi pengurusan
yang terlibat di Southwest Airlines iaitu, merancang, mengorganisasi,
memimpin dan mengawal.
- Jelaskan kepelbagaian kemahiran
pengurusan yang digunakan oleh pengurus di Southwest Airlines.
23 April 2013
EMAS
Perak negeri unik
Kehijauan alam semula jadi yang luas terbentang ditambah dengan kicauan burung yang merdu saat bersantai di balkoni bilik pastinya memberikan kedamaian dan ketenangan yang sukar untuk diperoleh di bandar.
Justeru, bagi yang mencari destinasi percutian yang dekat dengan alam semula jadi, Perak yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan adalah tempatnya.
Keunikan gua serta bukit batu kapur yang ada di sekeliling negeri itu, selain tasik dan hutannya yang masih terpelihara, ketenangan yang dicari pasti akan dijumpai di situ.
Taman Herba Negeri Perak
Terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-batu Gajah, Taman Herba Negeri Perak dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.
Berkeluasan 22 hektar, spesies popular yang boleh didapati di taman herba ini ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.
Spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.
Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai memang mendamaikan.
Ia juga tempat pembelajaran terutama bagi mengenal pelbagai jenis spesies herba yang ada.
Hutan Paya Bakau Matang
Hutan Paya Bakau Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang
tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.
Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang berkeluasan kira-kira 40,000 hektar itu adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.
Menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang antara aktiviti yang cukup digemari.
Selain itu, anda juga boleh melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies. Lebih menarik, peluang melihat sendiri proses penghasilan arang.
Taman Negeri Royal Belum
Dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon, Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung.
Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau.
Royal Belum kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan semua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.
Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.
Ipoh - The Limestone Wonder
Ipoh adalah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun melihat keindahannya.
Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.
Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, anda pasti terpegun melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang unik selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu.
Di Gua Tambun, sekitar 1959, lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu dijumpai di pinggir Ipoh.
Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong.
Dikelilingi kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan, Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan keunikan.
Gua Tempurung
Dengan panjang mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM, Gua Tempurung menyimpan pelbagai keindahan alam semula jadi untuk pengunjungnya.
Gua Tempurung adalah gua batu kapur yang terletak di Gopeng.
Ia terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.
Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar.
Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960 -metro april 23 2013-
Berkeluasan 22 hektar, spesies popular yang boleh didapati di taman herba ini ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.
Spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.
Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai memang mendamaikan.
Ia juga tempat pembelajaran terutama bagi mengenal pelbagai jenis spesies herba yang ada.
Hutan Paya Bakau Matang
Hutan Paya Bakau Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang
tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.
Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang berkeluasan kira-kira 40,000 hektar itu adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.
Menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang antara aktiviti yang cukup digemari.
Selain itu, anda juga boleh melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies. Lebih menarik, peluang melihat sendiri proses penghasilan arang.
Taman Negeri Royal Belum
Dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon, Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung.
Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau.
Royal Belum kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan semua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.
Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.
Ipoh - The Limestone Wonder
Ipoh adalah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun melihat keindahannya.
Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.
Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, anda pasti terpegun melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang unik selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu.
Di Gua Tambun, sekitar 1959, lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu dijumpai di pinggir Ipoh.
Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong.
Dikelilingi kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan, Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan keunikan.
Gua Tempurung
Dengan panjang mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM, Gua Tempurung menyimpan pelbagai keindahan alam semula jadi untuk pengunjungnya.
Gua Tempurung adalah gua batu kapur yang terletak di Gopeng.
Ia terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.
Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air dan kandungan batu kapur dan marmar.
Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960 -metro april 23 2013-
24 April 2012
SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM
Selaras dengan Program Transformasi Pendidikan, mulai tahun 2012, Majlis
Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu STPM
bagi memperkasakan program pendidikan di tingkatan enam.
Peperiksaan STPM yang sedia ada dikendalikan berdasarkan kepada tempoh
pengajian tingkatan enam selama 1½ tahun. Tempoh pengajian ini terdiri
daripada tingkatan enam bawah yang meliputi penggal kedua tempoh
persekolahan, dan tingkatan enam atas yang meliputi penggal pertama dan
penggal kedua tempoh persekolahan. Peperiksaan bagi pengajian tingkatan
enam adalah untuk mengukur dan menilai pencapaian pelajar yang dilaksanakan
keseluruhannya melalui peperiksaan STPM pada penghujung pengajian, iaitu
pada bulan November hingga Disember.
Pada tahun 2012, sistem peperiksaan STPM akan dijalankan dalam dua mod.
Mod pertama ialah sistem peperiksaan STPM sedia ada bagi pelajar yang sedang
mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort
terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada. Mod kedua
ialah bagi pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012, mereka merupakan
kohort pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki
peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012 dan
juga buat pertama kalinya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan
kepada 19 mata pelajaran tingkatan enam. Sistem pentaksiran baharu STPM ini
adalah cetusan idea yang amat bermakna oleh mantan Ketua Eksekutif MPM,
Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011).
Dalam sistem pentaksiran baharu STPM, tempoh pengajian tingkatan enam
adalah sama dengan tempoh persekolahan mengikut kalendar persekolahan yang
dilaksanakan pada masa ini. Peruntukan waktu pengajaran juga adalah sama
seperti jadual waktu persekolahan yang sedia ada bagi tingkatan enam, iaitu
lapan (8) waktu seminggu bagi setiap mata pelajaran (1 waktu pengajaran = 40
minit). Oleh itu, sistem pentaksiran baharu STPM ini tidak menganggu dan tidak
mengubah sistem persekolahan sedia ada.
26 December 2011
UPSR,PMR,SPM, STPM
Mengapa sebahagian besar mengukur kejayaan melalui peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM dan STPM? Persoalan ini telah beberapa kali dibincangkan dan terkini ialah penghapusan PMR pada tahun 2013. Mulai tahun tersebut, calon yang berminat selepas tingkatan 3 boleh melnjutkan pelajaran ke Kolej Vokasional. (dulunya sekolah Vokasional/Teknik) untuk mengikuti kursus kemahiran selama 4 tahun dan di anugerahi Diploma Kemahiran Malaysia.. Fuh... Diploma tuan. Ini memberi peluang kemahiran kepada mereka yang lemah dalam akademik.
Bagaimana pula dengan SPM dan STPM?.... Ini lebih kepada peluang calon untuk ke Universiti. Tetapi tempoh 2 tahun ke SPM dan 4 tahun STPM adalah merugikan calon kecuali beberapa penambahbaikan dilakukan seperti calon hanya perlu ambil SPM ditingkatan 4 dan setahun kemudian STPM. Ini memberi mereka peluang laluan cepat kerana penumpuan kepada akademik sahaja..
Bagaimana pula dengan SPM dan STPM?.... Ini lebih kepada peluang calon untuk ke Universiti. Tetapi tempoh 2 tahun ke SPM dan 4 tahun STPM adalah merugikan calon kecuali beberapa penambahbaikan dilakukan seperti calon hanya perlu ambil SPM ditingkatan 4 dan setahun kemudian STPM. Ini memberi mereka peluang laluan cepat kerana penumpuan kepada akademik sahaja..
10 November 2011
Jawapan GG Set 2, Soalan 46 hingga 60
46. A
(3.5/12.5) × 100% = 28%
47. C
32×31×7 = 6944
48 A
287,995 + 5 minit = 288,000 minit
Bilangan jam = 288,000/ 60minit = 4,800jam
Bilangan hari = 4,800/ 24jam = 200 hari
à Pukul 7.55 pagi selepas 200 hari
49. D
2 x (1+) = 2 x (1+1872)
= 3746
50. A ( I dan II)
I 15.79/26.45 × 100% = 59.69%
II 0.29/0.29 : 6.09/0.29
1: 21
III Tahun 2005 ≠ tahun 2010 => 1.096% ≠ 1.026%
IV Pertambahan peratusan Cina – 4.27% < India – 5.49%
51. D ( III dan IV)
I meningkat
II Tahun 2000 ≠ tahun 2010 => 7417 orang ≠ 10089 orang
III (30.4/100) × 12611300 = 3.8juta
IV 17.1 % - kedua terbanyak bagi kedua-dua tahun
52. C
(18/30) × 100% = 60%
(18+6 )/ y = 40% (2/3 markah set pertama)
y = 60 percubaan
53. C
Jika x = tembikai dan y = tembikai susu
3 x + 4 y = 13------i 9 x + 12y = 39 ------- i ×3
4 x + 3 y = 15------ii 16x + 12y = 60 -------ii ×4
=> 7x = 21
x = 3kg
54. D
(60 × 100/120) + (60 × 100/80) = RM125
55. C
Jika kelas ada 40 orang pelajar
Jumlah pensil - 40 × 6 = 240
Bilangan lelaki dalam kelas => 240÷10= 24
Bilangan pensil dimiliki perempuan => 240÷16 = 15 batang
56. A
Harga pasaran tahun 2010 =>75000 × 70% = RM 52500
Harga jualan => 52500 × 115% = RM 60375
Perbezaan => 60375-52500 = RM 7875.00
57 A ( I dan II)
I 24.17% à 24.06% , 23254.9 juta KWH à 24259.9 juta KWH
II meningkat 2927.1 juta KWH ( paling banyak)
III (100831-96214)/96214 × 100% = 4.8%
IV pertambahan nilai hidro < pertambahan nilai lain-lain
204.4 juta KWH < 285.9 juta KWH
58. A
langsat = rambutan manggis = rambutan
Nisbah => rambutan : rambutan
1 : 2
59. B ( I dan III)
I Benar
II (19.33-16.55)/16.55 × 100% = 16.6%
III (15.08/16.84) × 100% = 89.5%
IV Tahun 2010 > Tahun 2009
94.3% > 93.9%
60. C
(500 × 4.890) × 6 = RM 14670
Skema Bahagian A:
1. Kenaikan harga minyak mentah dunia meninggalkan kesan kepada pengguna dan kerajaan. Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai langkah untuk menanganinya. Bincangkan.
Pengenalan
Minyak merupakan sumber penting dalam setiap aktiviti dan kenaikan harga minyak telah menjadi beban yang amat besar kepada setiap sektor ekonomi. Kenaikan harga minyak secara mendadak telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna, ahli-ahli perniagaan serta barisan pemimpin negara.
Bil | Idea | Huraian Idea |
1. | A: Kesan kenaikan Kenaikan harga barang dan perkhidmatan | · Harga barang dan perkhidmatan akan meningkat kerana minyak adalah kos perantaraan dalam semua proses pengeluaran dan penghantaran · Pengeluar akan mengalihkan beban yang ditanggung kepada pengguna dan apabila kos pengeluaran meningkat, maka harga barang akan dinaikkan untuk mengurangkan tanggungan pengeluar. · Kuasa beli pengguna akan berkurangan dan menyebabkan taraf hidup menjadi rendah · Kadar inflasi bertambah apabila harga minyak meningkat |
2 | Pelaburan akan menurun/kegiatan ekonomi terjejas | · Kos pengeluaran meningkat dan kos import bahan mentah lebih tinggi. · Pengguna mengamalkan sifat jimat cermat telah mengurangkan permintaan barang pasaran. · Kadar faedah pinjaman meningkat menyebabkan pelabur akan menabung untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko pelaburan |
3 | Kadar pengangguran yang tinggi | · Peningkatan kos pengeluaran dan inflasi menyebabkan permintaan yang rendah terhadap barangan dan perkhidmatan, firma mengurangkan pengeluaran . · Pertumbuhan ekonomi yang lembap menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan. |
4 | Beban hutang negara meningkat | · Kegiatan ekonomi yang lembap akan mengurangkan hasil negara. · Peruntukan subsidi yang tinggi untuk mengelakkan inflasi meningkatkan perbelanjaan kerajaan. · Negara terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi. · Hasil kerajaan menurun dan rakyat terpaksa menanggung pelbagai cukai seperti cukai perkhidmatan bagi menanggung kos pembangunan |
5 | B: Langkah Kerajaan Pengurangan cukai | · Kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara · Cukai yang dikurangkan akan meningkatkan kuasa beli dan permintaan pengguna. Keadaan ini akan meningkatkan penawaran firma dan seterusnya dapat mengawal pengangguran Contohnya: cukai jualan, cukai jalan, cukai perkhidmatan dll |
6 | Penguatkuasaan undang-undang | · Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu memantau secara konsisten peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan sewenang-wenangnya. · Denda yang maksimum perlu dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian yang terbabit. |
7 | Subsidi / Insentif | · Peruntukan subsidi pembelian diesel kepada nelayan bagi mengurangkan tanggungan. · Kereta negara asing hanya boleh membeli minyak Ron 97 dan harganya berubah mengikut harga pasaran. Manakala minyak Ron 95 diberi subsidi dan harganya lebih stabil. · Menggalakkan penggunaan NGV(Natural gas vehicles) pada paras 50% lebih rendah daripada harga pam petrol. |
8 | Memperbaiki sistem pengangkutan awam | · Peruntukkan disalurkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam contohnya laluan monorel, LRT, bas awam, bas ekspres, komuter dll, lorong-lorong bas dan teksi diperbanyakkan di semua rangkaian jalan raya. · Mengemaskan jadual sistem pangangkutan awam. · Laluan pengangkutan awam diintegrasikan antara satu sama lain untuk kesenangan pengguna dan menggelakkan kesesakan jalan raya. |
8 | Kempen berjimat | · Kempen kongsi kereta, guna pengangkutan awam dan jimat dalam berbelanja. · Mendidik pengguna menjadi pembeli yang bijak dan hanya membeli setelah dibuat analisis. Contohnya , membeli di Kedai Rakyat 1 Malaysia · Pihak kerajaan - program atau projek pembangunan dirancang secara berhemah serta teliti untuk mengelakkan sebarang pembaziran yang tidak perlu dan memaksimumkan wang hasil penjimatan subsidi contohnya penggunaan elektrik dan kegiatan rasuah. |
Kesimpulan:
Kenaikan harga minyak merupakan satu masalah sejagat yang perlu ditangani oleh semua pihak di negara ini. Oleh itu semua pengguna, ahli perniagaan dan pembuat dasar negara perlu berganding bahu untuk memastikan usaha-usaha murni kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pilih jawapan : 2 + 2
2. Pembangunan bandar bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan terjejasnya warisan negara. Bincangkan
Pengenalan:
Warisan negara boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti alam semula jadi , bangunan, monumen, kesenian , adat resam , tradisi yang diturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini.
Bil | Idea | Huraian Idea | |
1 | Idea wajib Pembangunan Bandar | · Memusnahkan nilai-nilai sejarah yang terdapat di sesebuah lokasi. · Misalnya Bandar Melaka dan Georgetown – bangunan-bangunan bersejarah seperti kota A Farmosa, dan bangunan yang memaparkan seni bina yang unik didapati mengalami kerosakan fizikal disebabkan oleh pembangunan di sekitar bandar · Memusnah monumen bersejarah dan batu-batu bersurat. | |
2 | Idea-idea Lain Media massa | · Membawa masuk pengaruh barat seperti seni muzik, gaya berpakaian , budaya hidup · internet membawa masuk nilai barat terus ke rumah · menjejaskan budaya sedia ada. | |
3 | Peperangan / Pergolakan politik | · Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua- banyak bangunan bersejarah musnah · harta benda/ budaya Jepun musnah dalam pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. · Pergolakan politik juga memusnahan bangunan bersejarah dan warisan seni. Contohnya rusuhan atau kekacauan yang berlaku di Mesir, Iraq. | |
4 | Lunturnya jati diri masyarakat | · Tiada kesedaran dan penghayatan tentang pentingnya meneruskan warisan seni budaya bangsa · Terikut-ikut dengan budaya barat. | |
5 | Kurangnya aktiviti memelihara dan memulihara/ pemupukan/pengekalan/penghayatan | · Bangunan bersejarah perlu dipulihara · Terjejas sekiranya tidak dipulihara · Budaya bangsa perlu dipupuk/diperkenalkan/ dipertontonkan. | |
6 | Gaya hidup masyarakat hari ini | · Sibuk bekerja, tiada masa, individualistik,materialistik. · Nilai warisan tidak penting kerana kurang memberi pulangan kepada mereka. · Nilai estetika /sejarah/seni seperti Makyong, Menora, Bangsawan, Boria, Seni Ukur, Seni Khat, Seni Tekat kurang penting kepada mereka. | |
| Kelemahan penguatkuasaan undang-undang/peraturan | · Akta Perlindungan dan Penyelamatan Warisan Semula Jadi sukar dilaksanakan. · Kerap kali kawasan warisan semula jadi diceroboh kerana kawasan luas dan kurangnya penguatkuasaan undang-undang. |
SKEMA BAHAGIAN B:
Teknonogi robot memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Bincangkan.
Pengenalan
Kini teknologi robot semakin umum digunakan dan perananya juga bertambah penting. Manusia semakin memerlukan teknologi robot dalam menjalankan tugasnya
| idea | Huraian | |
1. | Bidang Perindustrian | · Robot dapat meningkatkan kualiti kerja. · Contohnya: mengangkat objek berat, penyemburan cat, memegang bahan kimia, pemasangan kereta dan kimpalan. · Robot tidak mempunyai perasaan jemu, letih, atau bosan seperti manusia. · Robot menjalankan kerja tanpa pengaruh emosi dan keletihan fizikal. · Tegasnya, produktiviti akan meningkat dengan bantuan robot. | |
2. | Bidang Perubatan | · Pembedahan organ-organ kecil dalam badan perlukan gerakan yang halus. · Sebarang kesilapan tangan doctor bedah akan membawa padah. · Mengurangkan risiko maut, robot dicipta untuk menjalankan pembedahan halus dalam pesakit. · Robot dikendalikan oleh doctor bedah | |
3. | Bidang Penyelidikan dan Pembangunan | · Dalam bidang penerokaan angkasa lepas, robot digunakan untuk mengumpulkan maklumat. · Dalam penyelidikan laser dan nuclear, robot juga digunakan. · Robot sesuai digunakan untuk penyelidikan yang memerlukan tindakan yang berulang-ulang misalnya untuk membuka dan menutup pintu kereta tanpa henti di kilang kereta | |
4. | Bidang Pertahanan | · Membantu anggota bomba/polis untuk menyelamatkan mangsa kebakaran. · Penting untuk pengesanan bom. · Pemusnahan bom dijalankan oleh robot khas. · Robot menggantikan manusia dalam operasi merbahaya | |
5. | Peralatan gantian anggota badan | · Tangan dan kaki palsu yang berteknologi robot dihasilkan untuk orang cacat. · Ia berfungsi mengikut kehendak pemakainya. · Robot Meldog pula dapat membantu golong buta. · Robot dapat mengesan kawasan sekitarnya. · Memudahkan orang buta bergerak. | |
| Berfungsi sebagai pembantu rumah | · Bersifat humunoid, boleh menggantikan tugas pembantu rumah. · Sebagai contoh Negara Jepun robot Twendy One membuat kerja rumah dengan jari dan tangan lembut dan boleh mengenggam seperti manusia |
4. Timbalan Presiden Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan krisis makanan peringkat global pada masa kini semakin serius. Demi mengatasi masalah ini, pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) amat berkesan. Jelaskan pernyataan di atas.
Pendahuluan :
Bahan makanan asas bijirin merupakan makanan utama manusia seperti gandum, barli, jagung,padi dan sebagainya. Makanan ini penting untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan daya antibodi bagi menjamin tahap kesihatan yang sempurna.
Bil | Idea | Huraian |
1. | Punca Perubahan iklim / pemanasan global | - Peningkatan suhu atau kemarau akibat penipisan lapisan ozon akan menjejaskan hasil tanaman/ternakan. Kawasan pertanian menjadi kering kontang, kandungan air dalam tumbuhan berkurangan dan menjejaskan proses fotosintesis. - Suhu kian meningkat menyebabkan agen pendebungaan gembur tanah dan tanaman tidak aktif membiak. - Paras air meningkat mengancam habitat daratan dan lautan. Cth : fenomena El-Nino, La-Nina |
2. | Bencana Alam | - Bencana seperti letupan gunung berapi,Tsunami, gempa bumi, banjir lumpur dan taufan. - Seterusnya menyebabkan kejadian tanah runtuh dan musnahnya kawasan pertanian, ternakan dan hidupan air. - Ternakan juga akan diancam penyakit berjangkit kesan dari bencana alam yang berlaku. - Cth: Acheh, Indonesia, Australia |
3. | Pencemaran alam sekitar | - Jerebu akan menyebabkan daun-daun tanaman dilapisi debu-debu dan parikel-parikel halus yang akan mengganggu proses fotosintesis. Pertumbuhan akan terbantut dan hasil tanaman tidak berkualiti. - Bahan kimia yang bertoksid akan merosakkan struktur tanah,ph tanah menjadi berasid dan kurang nutrien. Air tercemar mengganggu proses rantaian makanan dalam akuatik, bekalan gas oksigen berkurangan. - Pencemaran air/ tanah menyebabkan tumbesaran tanaman/ ternakan terjejas. - Hasil yang dikeluarkan sedikit dan tidak berkualiti. |
4. | Ancaman penyakit | - Penyakit hawar, kuku dan mulut, kutu beruang, selesema burung dan lain-lain. - Haiwan ternakan akan dihapuskan jika dikenalpasti ada jangkitan penyakit. Contoh : Haiwan ternakan di negara Jerman dan Jepun. - Sesetengah penyakit mudah merebak jika tiada tindakan penghapusan haiwan ternakan dilakukan. |
5. | Sebagai bahan api bio | - mempelbagaikan sumber tenaga, terutamanya meneroka potensi penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui. - Padi/ jagung/kacang soya sebagai bahan bakar. - Minyak kelapa sawit menghasilkan tenaga –biodiesel - Nilai komersial lebih tinggi dan menguntungkan berbanding dijadikan produk makanan. |
6 | Sumbangan Penyelidikan Dan Pembangunan Penciptaan peralatan/ teknologi moden | - Pelbagai peralatan dan teknologi baru diperkenalkan bagi menghasilkan/ memasar/ menyimpan makanan. - Nanoteknologi menawarkan pelbagai alternatif daripada peringkat kaedah penanaman hinggalah ke peringkat sistem pemprosesan makanan. - Penggunaan baja zarah-nano, bahan penggalak zarah-nano bagi daun dan buah bagi meningkatkan hasil pertanian. - Teknologi pembungkusan makanan menggunakan bahan nanoteknologi misalnya bahan pembungkus makanan yang boleh memanjangkan jangka hayat makanan, mengekalkan kesegaran hasil pertanian |
7 | Penciptaan benih/ baka baru-Bioteknologi | - Kaedah kejuruteraan genetik mengkacukan gen-gen yang baik untuk menghasilkan baka baru yang lebih berkualiti. - Teknik kultur in vitro memendekkan tempoh matang di mana pokok klonan membesar dan berbuah dalam jangka masa yang lebih pendek berbanding dengan biji benih seterusnya meningkatkan hasil tuaian - Contoh : Telur LTK Omega 3 yang dihasilkan mengandungi lebih banyak asid lemak tak tepu omega-3 dan kandungan vitamin berbanding dengan telur biasa. |
8. | Penemuan kaedah/ teknik terkini | - Penternakan ikan dalam kanvas mampu menyifarkan risiko kematian ikan. - Ini kerana rawatan air memastikan sumber air jernih dan sesuai untuk penternakan ikan serta tidak dicemari bakteria. - Penemuan ciptaan baja organik dapat memberikan hasil tanaman yang lebih bermutu terutama bagi penghasilan buah-buahan yang tidak mengandungi biji. - Hidroponik, akuakultur, airponikteknik kultur sel |
Skema 2 + 2
Bahagian C
5 a (i) Bagaimanakah kreativiti, invensyen dan inovasi dapat dipupuk?
Penekanan kepada ilmu eksplisit dan ilmu tasit.
Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan rasional
mata pelajaran kreativiti dan inovasi perlu diperkenalkan di peringkat sekolah.
Bil | Idea | Huraian |
1. | Kurangnya budaya kreativiti, invensyen dan inovasi | masyarakat pencipta / berkebolehan invensif dan inovatif masih kurang / belum mencukupi |
2. | Masih ketinggalan berbanding negara-negara maju | -Tahap inovasi dan kreativiti yang masih rendah. -Negara-negara maju mengutamakan kajian dan penyelidikan. Cthnya negara Jepun, Korea Selatan. Masyarakat kita suka meniru. |
3. | Kurang individu / masyarakat yang berdaya saing | -Kurang berdaya saing pada peringkat nasional dan antarabangsa |
4. | Tabiat / sikap | -Tiada minat untuk mencipta -Malas dan sikap sambil lewa / ambil mudah -Tidak proaktif |
5. | Kekurangan pakar | -Tenaga pakar masih kurang dalam kebanyakan bidang-bidang utama. -Terlalu bergantung kepada kepakaran asing |
5 (b) (i) Apakah takrif mudah bagi perpustakaan ?
Perpustakaan merupakan gedung ilmu pengetahuan.
(ii)Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan apakah cabaran yang
dihadapi oleh sesebuah perpustakaan pada masa kini.
Bil | Idea | Huraian |
1. | Perkembangan teknologi | -Pihak kerajaan kurang keupayaan untuk menyediaan perpuatakaan yang mempunyai aplikasi digital secara menyeluruh. -kurang kemudahan ICT |
2. | Pengurusan lemah | -Tidak melengkapkan bahan bacaan yang pelbagai dan terkini -Susunatur yang tidak sistematik dan tidak mesra pembaca -Tidak berusaha menarik perhatian orang awam -Kurang bahan yang sesuai dengan cita rasa remaja |
3. | Sikap masyarakat | -Kurang sambutan daripada golongan muda, hanya golongan tua/ hanya golongan pelajar yang mengunjunginya. -Tidak minat membaca buku, lebih suka membaca melalui media lain |
4. | Peruntukan kewangan | -Tiada dana untuk membuat pembaharuan dan pembaikan terutamanya kawasan pedalaman |
5. | Lokasi/Bilangan penduduk | Bukan semua kawasan pedalaman mempunyai kemudahan perpustakaan dengan infrastruktur yang baik. Tempat yang kurang penduduk sukar mendapat kemudahan yang baik |
6 a (i) Jelaskan ciri-ciri yang terdapat pada gelatin.
Tidak mempunyai bau, rasa dan warna serta mudah larut.
(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, kemukakan
Kegunaan gelatin dalam kehidupan seharian.
Bil | Idea | Huraian |
1. | Memberi tekstur | Stuktur yang baik kepada makanan |
2. | Memudahkan makanan di bentuk | Dapat menghasilkan pelbagai bentuk makanan |
3. | Menambahkan kelazatan | menjadikan makanan lebih sedap, lebih enak |
4. | Digunakan dalam bidang perubatan | Menghasilkan kapsul untuk mengisi ubat, kurangkan pendarahan dan merawat masalah penghadaman |
5. | Menghasikkan kertas yang berkualiti | Tegar dan tahan lama |
6 b(i) Apakah yang anda faham mengenai kaedah tanaman fertigasi?
Kaedah tanaman fertigasi merupakan pembajaan yang dilakukan serentak dengan irigasi.(2m) atau kaedah penanaman yang memerlukan baja dalam bentuk larutan dan sistem pengairan. (2m)
Fertigasi ditakrifkan sebagai kaedah penanaman yang memerlukan baja dalam bentuk larutan diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem perairan.(1m)
(i) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kebaikan teknologi pertanian persekitaran terkawal.
Bil | Idea | Huraian |
1. | Membolehkan tanaman beriklim ditanam | Teknologi ini membantu petani menanam tanaman yang beriklim subtropika seperti anggur, cili, tomato, timun Jepun. |
2. | Membekalkan air dan nutrien yang cukup | Tanaman mendapat nutrient mengikut kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat tanaman. Meningkatkan hasil pengeluaran |
3. | Suhu persekitaran tanaman terkawal | Dapat mengawal suhu, kelembapan dan gas karbon dioksida dan berupaya mengeluarkan hasil yang optimum |
4. | Mengurangkan risiko penyakit | Tumbuhan tidak mudah diserang oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat kerana mempunyai nutrient yang mencukupi Hasil lebih berkualiti |
5. | Mengurangkan penggunaan racun tanaman | Masalah rumpai yang rendah |
6. | Penggunaan baja | Penggunaan baja yang sesuai dalam kuantiti yang tepat contoh Paconil, Confidor, Atonik dan Bavislin |
Bahagian D
7. Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan pembuatan dalam negara dan negara-negara pengimport bagi tahun 2007.
Kerajaan telah menggalakkan kemasukan pelabur asing (FDI) dan telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi. Langkah ini berjaya meningkatkan jumlah keseluruhan eksport barangan pembuatan pada tahun 2007 dan menunjukkan trend peningkatan, iaitu pertambahan sebanyak RM 5 621 juta berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencatatkan nilai eksport sebanyak RM 306 108 juta.
Pada tahun 2007, barangan elektronik dan perkakasan elektrik merupakan produk pengeluaran yang tertinggi dan telah menyumbangkan nilai eksport yang besar, iaitu mencecah RM 118 271 juta atau 37.94%. Peningkatan eksport barangan ini merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.
Permintaan terhadap produk kimia dan plastik juga agak memberangsangkan bagi tahun 2007. Produk ini telah mendapat permintaan yang agak tinggi dan nilai eksportnya mencapai RM 61 477 juta, iaitu meningkat sebanyak RM 345 juta berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan jentera dan kelengkapan pengangkutan yang mengalami peningkatan agak ketara, iaitu pertambahan sebanyak RM 11 253 juta berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencecah RM 37 134 juta.
Eksport barangan tekstil, pakaian dan kasut pada tahun 2007 pula mengalami kemerosotan hampir 2.68% berbanding tahun sebelumnya dan menjadikan peratusan eksport sebanyak 3.41% daripada jumlah keseluruhan. Eksport produk getah pula mencatatkan nilai eksport lebih rendah sedikit berbanding eksport tekstil, pakaian dan kasut, iaitu perbezaan hanya sebanyak RM 49 juta.
Sementara itu, produk kayu juga merupakan antara pengeluaran utama negara dan mendapat permintaan yang tinggi. Nilai eksport produk kayu pada tahun 2007 ialah sebanyak RM 14 390 juta atau 4.62%. Walau bagaimanapun, nilai eksport produk ini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan eksport barangan elektronik dan perkakasan elektrik, manakala baki selebihnya pula melibatkan eksport barangan pembuatan lain.
Destinasi eksport pula lebih tertumpu ke negara-negara Barat, Asean, dan Asia. Jepun merupakan negara pengimport yang terbesar, iaitu sebanyak RM 84 609 juta dan diikuti oleh negara Amerika Syarikat dengan nilai sebanyak RM 76 923 juta. Import di kalangan Negara-negara Asean pula hampir separuh daripada eksport ke Jepun dan mencatatkan nilai sebanyak RM 42 270 juta atau 13.56%. United Kingdom pula mengimport kurang sebanyak RM 1 034 juta berbanding Amerika Syarikat, manakala baki selebihnya dieksport ke lain-lain negara.
Peningkatan eksport ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan imbangan perdagangan dan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan negara.
Sumber : (Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi 2007/2008,
Kementerian Kewangan Malaysia)
Jawapan : Carta Pai Bertingkat
Malaysia : Nilai Eksport Barangan Pembuatan dalam Negara dan Negara-negara Pengimport bagi Tahun 2007
Barangan Pembuatan | Jumlah (RM Juta) | Peratus | Sudut/ Tinggi | Negara-negara Pengimport | Jumlah (RM juta) | Peratus/sudut/ Tinggi |
Elektronik dan perkakasan elektrik | 118 271 | 37.94 | 136.6/3.8cm | Jepun | 84 609 | 27.14/ 97.7/2.7cm |
Produk kimia dan plastik | 61 477 | 19.72 | 71.0/2.0cm | Amerika Syarikat | 76 923 | 24.68/ 88.9/ 2.5cm |
Jentera dan kelengkapan pengangkutan | 48 387 | 15.52 | 55.9/1.6cm | Asean | 42 270 | 13.56/ 48.8/1.4cm |
Tekstil, pakaian dan kasut | 10 630 | 3.41 | 12.3/0.3cm | United Kingdom | 75 889 | 24.34/ 87.6/ 2.4cm |
Produk getah | 10 581 | 3.39 | 12.2/0.3cm | Lain-lain Negara | 32 038 | 10.28/ 37.0/1.0cm |
Produk kayu | 14 390 | 4.62 | 16.6/0.5cm | | | |
Barangan pembuatan lain | 47 993 | 15.40 | 55.4/1.5cm | | | |
Jumlah | 311 729 | 100 | 360/10cm | Jumlah | 311 729 | 100/ 360/10cm |
Sumber : (Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi 2007/2008,
Kementerian Kewangan Malaysia)
8. Berdasarkan petikan di bawah , lukiskan graf yang sesuai bagi menunjukkan aliran jumlah perbelanjaan mengurus di Malaysia mengikut sektor bagi tahun 2002 hingga 2005.
Perbelanjaan mengurus kerajaan Malaysia bertambah setiap tahun selepas keperluan penduduk yang semakin meningkat. Namun, kerana langkah penjimatan perbelanjaan mengurus pada tahun 2005, perbelanjaan ini telah menurun berbanding tahun sebelumnya. Walaupun perbelanjaan tersebut berjumlah RM 89 141 juta meningkat sebanyak RM 20 442 juta berbanding tahun 2002.
Perbelanjaan untuk keselamatan meningkat setiap tahun dengan peningkatan yang paling ketara pada tahun 2005 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Keselamatan merupakan suatu sektor yang tidak boleh dipandang ringan. Ini menyebabkan kerajaan menambah perbelanjaan sebanyak RM 3171 juta pada tahun 2005 menjadi RM 12 200 juta berbanding dengan tahun 2002. Tahun 2003 dan 2004 juga turut meningkat masing-masing mencapai ke angka RM 10 407 juta dan RM 11 827 juta.
Sektor yang menjaga kebajikan rakyat turut diberi perhatian oleh kerajaan iaitu sektor perkhidmatan sosial. Pada tahun 2002, perbelanjaan sektor ini ialah RM 24 799 juta meningkat kepada RM 28 707 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2005, jumlahnya meningkat sebanyak RM 3029 juta berbanding tahun 2003. Pada tahun 2004, jumlahnya mencecah RM 31 226 juta berbanding jumlah perbelanjaan mengurus tahun tersebut yang bernilai RM 91 524 juta.
Perbelanjaan sektor perkhidmatan ekonomi mengalami perubahan yang tidak stabil dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 2003, jumlah perbelanjaan sebanyak RM 6467 juta daripada keseluruhan perbelanjaan tahun berkenaan yang berjumlah
RM 75 224 juta . Pada tahun 2004 meningkat sedikit kepada RM 7419 juta namun menurun sebanyak RM 114 juta pada tahun berikutnya. Perbelanjaan pada tahun 2002 ialah RM 6015 juta.
Bagi memantapkan pentadbiran am , perbelanjaan sektor berkenaan juga turut meningkat dari tahun 2002 hingga 2004. Pada tahun 2002, jumlah perbelanjaan sebanyak RM 8275 juta dan meningkat sebanyak RM 178 juta pada tahun berikutnya. Keperluan pemodenan dan kecekapan dalam pentadbiran pada tahun 2004 ditambah lagi menjadi RM 8146 juta . Namun pada tahun 2005, perbelanjaan ini menurun sedikit kepada RM 7383 juta.
Perbelanjaan dalam sektor-sektor lain juga menunjukkan keadaan tidak stabil kerana telah berlaku peningkatan pada tahun 2003 dan 2004 , namun menurun pada tahun 2005. Perbelanjaan pada tahun 2005 meningkat sebanyak RM 9936 juta berbanding RM 20 581 juta pada tahun 2002.
( Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia 2005 )
SKEMA JAWAPAN – GRAF GARIS KOMPONEN
Jadual:
MALAYSIA : ALIRAN JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS MENGIKUT SEKTOR BAGI TAHUN 2002 HINGGA 2005
Sektor | Jumlah Perbelanjaan Mengurus (RM Juta) | |||
2002 | 2003 | 2004 | 2005 | |
Keselamatan | 9029 | 10407 | 11827 | 12200 |
Perkhidmatan sosial | 24799 | 28707 | 31226 | 31736 |
Perkhidmatan Ekonomi | 6015 | 6467 | 7419 | 7305 |
Pentadbiran Am | 8275 | 8453 | 8146 | 7383 |
Lain-lain | 20 581 | 21190 | 32906 | 30517 |
Jumlah | 68 699 | 75 224 | 91524 | 89141 |
( Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia 2005 )
Bahagian E
9. Berdasarkan jadual, huraikan pola kedatangan pekerja asing mengikut negara asal di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2002 dan jelaskan implikasi sekiranya kemasukan mereka tidak dikawal.
Malaysia: Pekerja Asing Mengikut Negara Asal Antara Tahun 2000 hingga 2002
Negara Asal | 2000 (orang) | 2001 (orang) | 2002 (orang) |
Thailand | 2571 | 2491 | 1886 |
Indonesia | 9889 | 11118 | 11422 |
Bangladesh | 8574 | 7854 | 7598 |
Filipina | 9959 | 1505 | 1003 |
Vietnam | 2489 | 1789 | 1529 |
Jumlah | 33482 | 24767 | 23438 |
(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Kementerian Dalam Negeri, 2006)
SKEMA JAWAPAN NO.9:
IDEA | HURAIAN | ||
Pola perubahan | |||
1. Jumlah keseluruhan – Pola penurunan | · - 2000 (33482 orang), 2001 ( 24767 orang), · 2002 (23438 orang). · - Menurun sebanyak 10044 orang · - Peratus penurunan 30 % | ||
2. Pola peningkatan
| · - 2000 ( 9889 orang), 2001 (11118 orang), · 2002 (11422 orang). · - Meningkat sebanyak 1533 orang · - Peratus peningkatan 15.5 % | ||
3. Pola penurunan (Cnth Thailand)
| · - 2000 (2571 orang), 2001 (2491 orang), · 2002 (1886 orang). · - Menurun sebanyak 685 orang · - Peratus penurunan 26.64 % | ||
Pola Perbandingan | |||
1. Tahun 2000 | · - Tertinggi – Filipina (9959 orang) berbanding jumlah keseluruhan (33 482 orang). Peratus · ( 29.74 %). · - Terendah – Vietnam(2489 orang) berbanding jumlah keseluruhan. Peratus (7.43 %). · - Sederhana – Bangladesh (8574 orang ) berbanding jumlah keseluruhan. Peratus ( 25.6 %). | ||
2. Tahun 2001 | - Tertinggi – Indonesia(11118 orang) berbanding jumlah keseluruhan ( 24 767 orang). Peratus ( 44.89 %). - Terendah – Filipina (1505 orang) berbanding jumlah keseluruhan. Peratus ( 6.08 %). - Sederhana – Bangladesh (7854 orang ) berbanding jumlah keseluruhan. Peratus ( 31.71 %). | ||
3. Tahun 2002 | - Tertinggi – Indonesia (11422 orang) berbanding jumlah keseluruhan (23438 orang). Peratus (48.73 %). - Terendah – Filipina (1003 orang) berbanding jumlah keseluruhan. Peratus (4.28 %). - Sederhana – Thailand (1886 orang ) berbanding jumlah keseluruhan. Peratus ( 8.05 %). | ||
Implikasi :
- Masalah sosial seperti samun, merompak, pergaduhan dan sebagainya.
- Persaingan kerja dengan warga tempatan
- Pengaliran wang keluar.
Skema : 2+ 1 + 1 = 4
Huraian = 4 x 2 = 8
Bahasa = 1
Rumusan = 2
Markah = 15
10. Berdasarkan Rajah 1 di bawah, huraikan kepentingan susu ibu kepada ibu, anak dan juga dari segi sosioekonomi.
Rajah : Kepentingan Susu Ibu Kepada Anak dan Sosioekonomi
SOSIOEKONOMI |
Kurangkan berat badan |
Jarakkan kehamilan |
Mengecutkan rahim dan risiko pendarahan |
Makanan terbaik dan terjamin mutunya |
Melindungi dari jangkitan, alahan dan penyakit |
Imunisasi pertama |
Keluarga Penyayang |
Jimat |
( Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)
SKEMA JAWAPAN NO. 10:
Bil | Isi | Huraian |
A Kepentingan kepada ibu | ||
1 | Kurangkan berat badan | - Zat makanan yang dimakan oleh ibu turut dikongsi bersama anak |
2 | Jarakkan kehamilan | - Menghentikan haid dalam tempoh yang agak lama |
3 | Mengecutkan rahim dan risiko pendarahan | - Menggalakkan pengeluran hormon oksitosin - Membantu mengecutkan rahim |
B Kepentingan kepada anak | ||
4 | Imunisasi pertama | - Mengandungi kolustrum yang tinggi kandungan antibodi |
5 | Melindungi dari jangkitan, alahan, pnyakit | - Kurangkan cirit birit dan selesema - Mengurangkan risiko athma - Mengurangkan risiko penyakit polio, tetamus, dan kurang zat makanan |
6 | Makanan terbaik dan terjamin mutunya | - Tiada bahan kimia - Tidak terdedah kepada risiko bahan pencemar |
C Kepentingan dari segi sosioekonomi | ||
7 | Jimat | - Tidak perlu membeli susu formula - Wang dapat digunakan untuk perbelanjaan lain |
8 | Keluarga penyayang | - Bayi rasa selamat dan dikasihi dalam pangkuan ibu - Eratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak |
Nota: Calon mesti menyatakan dengan jelas kepentingan susu ibu kepada ibu, anak dan sosioekonomi. Jika tidak dinyatakan isi tidak relevan.
Skema: 1 + 1 +1 dan mana-mana 1 isi yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)