Showing posts with label PENGAJIAN AM 2. Show all posts
Showing posts with label PENGAJIAN AM 2. Show all posts

30 April 2011

PENDATANG ASING TANPA IZIN

Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin kepada negara

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya send

25 April 2011

KEHIDUPAN MARIN

Selamatkan hidupan marin

Peningkatan suhu air, paras air laut dan keasidannya adalah ancaman terbesar kepada hidupan marin Segi Tiga Terumbu Karang. Bagaimanakah kita dapat menanganinya?






KEPUPUSAN spesies marin akibat penangkapan ikan yang keterlaluan dan perubahan cuaca melampau secara berterusan bakal memberi kesan kepada dunia. Dijangka kesemua bekalan ikan komersial dan spesies makanan laut akan habis menjelang tahun 2048.
Analisis sejarah, eksperimen dan data perikanan berhubung spesies ikan di laut dan ekosistem, para penyelidik mendapati, ketika bekalan makanan utama semakin menekan, kepupusan kehidupan marin boleh mengganggu biodiversiti secara global.
Laporan tersebut didedahkan oleh penulis LiveScience, Sara Goudarzi, yang dipetik daripada jurnalScience isu November 2008.
"Kehilangan spesies ini bermakna kita juga kehilangan produktiviti dan kestabilan keseluruhan ekosistem. Ia sangat mengejutkan bagaimana trend ini berlaku di luar jangkaan kita," kata penulisnya, Boris Worm dari Dalhousie University.


PERSIDANGAN Lautan Sedunia (WOC) 2009 di Manado, Sulawesi mengumpulkan ketua-ketua negara Segi Tiga Terumbu Karang selain wakil negara rakan, Amerika Syarikat dan Australia.




Kumpulan konservasi WWF turut melahirkan kebimbangan kemungkinan pupusnya biologi terumbu karang yang terbesar di Asia Tenggara pada penghujung abad ini sekiranya isu perubahan iklim tidak diketengahkan.
Perubahan iklim boleh memusnahkan kekayaan hidupan laut sekiranya pengeluaran gas rumah hijau tidak terkawal.
Peningkatan suhu air, paras air laut dan keasidannya adalah ancaman terbesar yang mengancam Segi Tiga Terumbu Karang.
Rangkaian terumbu karang yang dikenali sebagai Segi Tiga Terumbu Karang meliputi sempadan beberapa buah negara seperti Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Timur Timor.
Rangkaian itu mempunyai lebih 76 peratus spesies terumbu karang dan 35 peratus adalah spesies ikan terumbu karang.
Malah, kepupusan terumbu karang mengakibatkan pengeluaran makanan di rantau itu merudum sebanyak 80 peratus. Ia meletakkan kehidupan 100 juta orang dalam bahaya.


PENINGKATAN suhu sekitar 0.5 darjah Selsius sudah cukup untuk mengancam hidupan marin.




Difahamkan, beberapa beberapa lokasi di Segi Tiga Terumbu Karang adalah kawasan yang penting untuk semua jenis ikan. Migrasi ikan tuna dan penyu menyebabkan mereka mungkin tidak lagi bertelur di kawasan terbabit.
Sehubungan itu, lebih 70 buah negara berkumpul di Manado, ibu kota Sulawesi, Indonesia baru-baru ini bagi membincangkan isu berhubung antara lautan dan perubahan iklim.
Persidangan Lautan Sedunia (WOC) yang julung kalinya diadakan itu bertujuan memelihara kepentingan laut dan sumber marin yang telah diancam oleh pemanasan global.
Apakah yang diperlukan untuk menyelamatkan Segi Tiga Terumbu Karang? Ia memerlukan komitmen pengurangan pengeluaran gas rumah hijau.
Kepanasan yang terperangkap daripada pembakaran bahan bakar fosil seperti arang, minyak dan gas dipersalahkan akibat atmosfera dan perubahan aliran cuaca, sekali gus meningkatkan keasidan laut yang mengancam hidupan marin.


KUMPULAN pencinta alam mendesak negara-negara dunia kini lebih tegas dengan isu pencemaran alam sekitar termasuklah kehidupan marin.








Dalam pada itu, di Malaysia, 99 peratus daripada penduduknya hidup dalam lingkungan 100 kilometer dari pantai dan hampir 100,000 orang terlibat secara langsung dalam industri perikanan.
Industri perikanan Malaysia merupakan penyumbang besar kepada sumber makanannya. Dengan pengambilan per kapita tahunan sebanyak 45 kilogram, penduduk Malaysia adalah antara yang tertinggi mengambil ikan dalam diet harian di Asia Tenggara.
Hampir 20 peratus daripada sumber protein rakyat Malaysia diperoleh daripada makanan laut.
"Namun, sumber marin Malaysia semakin merosot dan kepelbagaian biologinya diancam oleh aktiviti manusia.
"Laut saling berantaian dengan hidupan daratan. Apabila berlaku sesuatu perkara, contohnya pemanasan global di daratan, kesan juga bakal dirasai oleh kawasan marin.
"Apa yang membezakan adalah masa. Sama ada cepat atau lambat sahaja," terang Pengarah Institut Bioteknologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr. Mohd. Effendy Abd Wahid kepada Kosmo!.
Peningkatan suhu atmosfera
Ini kerana, apabila berlakunya peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global, maka ia akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artik dan Antartika sekali gus mengakibatkan peningkatan dalam aras laut.
"Apabila suhu laut meningkat, walaupun hanya 0.5 darjah Selsius daripada suhu sebenar lautan iaitu antara 26 hingga 27 darjah Selsius, ia bakal mengancam terumbu karang di lautan.
"Apa yang paling penting di sini adalah diatom (sumber makanan kepada ikan-ikan dan organisme marin) yang terdapat pada terumbu karang.
"Apabila terumbu karang musnah, ini akan menyebabkan ikan-ikan yang bergantung padanya juga akan mati," tegas Effendy mengenai bahayanya kesan pemanasan global ke atas kehidupan marin.
Ini akan memberi kesan terhadap sumber makanan di Malaysia apabila tiada bekalan makanan.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Mohd. Rizal Arshad pula memberitahu, lautan adalah penyerap utama gas karbon dioksida (C02) daripada atmosfera.
"Peningkatan penyerapan gas CO2 ini menyumbangkan secara langsung kepada turunnya nilai pH air laut. Proses pengasidan air laut ini akan memberi kesan kepada hidupan marin.
"Ia akan turut dirasai oleh Malaysia kerana ia merupakan negara pesisir pantai yang akan menerima kesan langsung daripada proses pemanasan global itu.
Selain kesan pemanasan di daratan, hidupan marin di perairan negara akan terkesan kerana lautan adalah satu kejadian alam yang bersifat dinamik.
Ia merupakan sebahagian daripada komponen ekosistem global kerana Malaysia terletak di kawasan Khatulistiwa.
"Peningkatan suhu ini akan benar-benar dirasai. Hidupan batu karang di perairan Malaysia adalah sebahagian daripada sistem ekologi di Laut Cina Selatan dan Laut Sulu Sulawesi.
"Sekiranya tiada gerakan atau inisiatif bersepadu di peringkat setempat atau global tidak diambil, maka kemusnahan hidupan marin ini sukar untuk dihalang.
"Usaha Malaysia secara bersendirian hampir mustahil mengatasi masalah ini," katanya yang menyetujui usaha sama 100 buah negara dalam menangani masalah pemanasan global yang berlaku di Manado itu.
Sementara itu, Ketua Persidangan Lautan Sedunia (WOC), Indroyono Soesilo berkata, keindahan kepulauan Manado dan juga kepulauan sekitarnya juga kini sedang terancam.
Pemanasan global menyebabkan suhu air laut akan naik dan terumbu karang serta spesies ikan akan mati.
Jelasnya, terumbu karang terbesar yang dimiliki oleh kepulauan Manado juga terancam.
Matinya terumbu karang di kawasan segi tiga itu, akan mengancam sumber daya ikan dunia yang lain.
"Perhatian utama terhadap ancaman dan harapan berhubung kedudukan lautan yang meliputi 72 peratus permukaan dunia itu ketika wujud ketidaktentuan ekoran kepanasan global akan difokuskan," katanya.
Ujarnya, WOC turut mengumpulkan lebih 1,000 saintis dan pakar-pakar perubahan iklim yang akan memberi fokus terhadap lautan sebagai subjek teras ketika berdepan dengan perubahan iklim dan keselamatan makanan.


KEMUSNAHAN alam marin akan menyebabkan warga dunia kehabisan spesies makanan laut menjelang tahun 2048.




Manado merupakan sebuah ibu kota yang terletak di Kepulauan Sulawesi, Indonesia kira-kira 2,500 kilometer dari Kuala Lumpur (perjalanan udara) dan wilayah yang berkongsi laut Sulu dengan Sabah.
Ibu kota utara Sulawesi itu menjadi tempat destinasi utama pelancong terutamanya kepada pencinta laut untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menyelam skuba dan snorkeling.
Di kalangan penyelam, Manado dikenali sebagai antara lokasi menyelam yang perlu dikunjungi kerana mempunyai beberapa taman laut termasuk Taman Marin Negara, Bunaken yang menempatkan 2,500 spesies ikan dan 70 jenis terumbu karang.
"Kami dapat melihat penurunan spesies di perairan yang cepat sejak 1,000 tahun yang lalu. Kesannya, kita kehilangan keupayaan penapis, habitat nurseri dan perikanan yang sihat," kata penulis bersama, Heike Lotze dari Dalhousie University, Canada.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Samudera dan Perikanan Indonesia, Freddy Numberi memberitahu, sumber samudera yang tidak ternilai harganya itu kini terancam dan semakin banyak lokasi yang mengalami kemusnahan.
"Ramai orang bimbang bahawa proses yang menyebabkan perubahan iklim kini di luar kawalan," katanya.
Walaubagaimanapun, Freddy memberitahu, dengan terlaksananya WOC 2009 itu, segala kebimbangan mengenai kemusnahan kehidupan marin yang berlaku akan mendapat satu penyelesaian yang lebih baik.
Khabarnya, persidangan itu juga bertujuan untuk mewujudkan perdebatan saintifik berhubung peranan laut dalam mesyuarat perubahan iklim Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen, Denmark, Disember ini.
Persidangan itu juga akan membincangkan untuk meneruskan Protokol Kyoto yang akan tamat pada 2012.
Persoalannya, mampukah persidangan selama lima hari yang berlangsung di Manado itu mencapai kata sepakat untuk kita bersama-sama memulihara kehidupan marin?

24 April 2011

BIODIVERSITI

KEPENTINGAN BIODIVERSITI DAN LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN KESEIMBANGAN BIODIVERITI
(fahami makna biodiversiti kemudian kaitkan dengan kehendak soalan)
(Biodiversity is the degree of variation of life forms within a given ecosystem, biome, or an entire planet. Biodiversity is a measure of the health of ecosystems. Greater biodiversity implies greater health. Biodiversity is in part a function of climate. In terrestrial habitats, tropical regions are typically rich whereas polar regions support fewer species. Rapid environmental changes typically cause extinctions. One estimate is that less than 1% of the species that have existed on Earth are extant.)


Biodiversiti penting kepada semua hidupan yang ada di bumi ini. Justeru, pelbagai pendekatan yang proaktif perlu diambil untuk mengekalkan keseimbangannya.  Bincangan.

Pendahuluan :
Biodiversiti merangkumi semua bentuk kehidupan flora dan fauna.
Isi :

Kepentingan Biodiversiti :
1. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
•Biodiversiti telah dijadikan tempat untuk menjalankan pelbagai Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
•Sebagai contoh, penyelidikan berkaitan hutan simpan yang dijalankan di Pahang.
•Penyelidikan yang dijalankan terhadap biodiversiti menjamin kelestarian alam.
•Selain itu, kajian terhadap biodervisiti juga akan menjadi disiplin penting di Institusi Pengajian Tinggi.


2. Membekalkan makanan.
•Flora dan fauna akan membekalkan sumber makanan.
•Rantaian makanan akan terpelihara.

3. Sebagai sumber perubatan.
•Tanaman seperti Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Ubi Jaga, Serai Wangi dan Misai Kucing boleh dijadikan sebagai sumber perubatan alternatif.
•Perubatan herba boleh mengubati penyakit tertentu.
•Sebagai contoh, daun misai kucing dapat menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi dan akar pokok bakawali pula dapat mengubati penyakit diabetis.

4. Mengekalkan habitat.
•Pemuliharaan biodiversiti memberi jaminan pengekalan sumber semulajadi.
•Tempat perlindungan hidupan liar.
•Tempat pembiakan semulajadi.

5. Sebagai penstabil cuaca.
•Menyerap karbon dioksida dan membebaskan oksigen melalui proses fotosintesis.
•Menstabilkan kitaran hidrologi.
•Memberikan keseimbangan suhu.
•Mengurangkan kesan rumah hijau


Langkah-langkah Mengekalkan Keseimbangan Biodiversiti :

7. Pemuliharaan kepelbagaian biologi.
•Aktiviti penanaman semula telah dijalankan untuk memulihara biodiversiti.
•Hidupan liar telah dikawal, dijaga dan dilindungi agar tidak pupus. Sebagai contoh, perlindungan terhadap Orang Utan, rusa dan badak sumbu.
•Mengisytiharkan sebagai tapak warisan dunia seperti Pulau Sipadan.

8. Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).
•Kajian dan penyelidikan yang dilakukan terhadap sisa kelapa sawit.
•Sebagai contoh, tandan kelapa sawit telah dijadikan sumber biogas manakalasisanya pula diproses menjadi kertas.
9. Pembangunan lestari.
•Pembangunan yang tidak mengenepikan alam sekitar (mesra alam).
•Setiap pembangunan harus mendapat penilaian kesan alam sekitar (EIA) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS)
10. Pendidikan sains dan biologi
•Subjek Sains dan Biologi telah diperkenalkan di setiap sekolah yang memberikan penekanan tentang keperluan pengekalan biodiversiti.
•Menerapkan kepentingan biodervisiti dalam subjek lain (merentas kurikulum).

11. Program kitar semula.
•Penggunaan bahan kitar semula yang mesra alam.
•Sebagai contoh, besi buruk, kertas, plastik dan kaca.
•Menyediakan pusat pembuangan barang-barang yang boleh dikitar semula.

12. Penggunaan teknologi mesra alam.
•Menggunakan teknologi mesra alam.
•Sebagai contoh, penggunaan kereta mesra alam, teknologi hampas kelapa dan biogas kelapa sawit.
•Penggunaan mikro organisma untuk menjalankan proses pereputan, rawatan air atau sisa kumbahan.

Penutup :
•Biodiversiti perlu dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan datang

13 April 2011

Contoh Soalan dan Jawapan Bahagian A

Baca soalan ini dan fahami contoh idea dan huraian jawapan. Calon di minta mengemukakan idea dan huraian yang lain.

Bahagian A

“Beberapa pembunuhan dan keganasan membabitkan individu yang mempunyai masalah mental membimbangkan masyarakat”. Dalam kejadian di Johor Bahru, baru-baru ini seorang bekas pesakit mental berusia 32 tahun di Hospital Permai yang bersenjatakan pisau lipat ditembak mati selepas menahan seorang murid darjah empat.
Jelaskan punca-punca sakit mental dan cara-cara mengatasinya.

Kehendak soalan ialah punca sakit mental dan cara mengatasinya.

Punca-punca
Idea 1.
Pesakit pernah mengalami sejarah hitam
Huraian
·  Pesakit pernah menerima tekanan atau didera pada masa lalu.
·  Pesakit mungkin juga mengalami insiden atau pengalaman pahit seperti pernah dirogol atau dianiaya.
·  Sejarah hitam yang tidak mungkin juga dilupakan oleh pesakit ialah pernah / telah ditinggalkan oleh orang yang disayangi.

Idea 2
Tekanan perasaan /mental
Huraian
·  Memiliki sindrom klineflelkenten.
·  Sering bertindak secara sadis.
·  Selalu berfikiran negatif.
·  Mempunyai hormon xyy.

Langkah-langkah mengatasinya

Idea 3
Usaha oleh JabatanKebajikan Masyarakat
Huraian
·  Mengkaji masalah ini secara mendalam danserius.
·  Cuba mencari penyelesaian melalui kaedah saintifik mahupun tradisional.
·  Pihak berkuasa perlu bertindak cekap dengan menangkap semula pesakit dari hospital.

Idea 4
Tanggungjawab orang ramai
Huraian
·  Perlu bersama-sama mengatasi masalah ini.
·  Orang ramai hendaklah cepat melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Keluarga pesakit perlu memastikan pesakit
mental tidak bertindak secara agresif.

Idea 5
Memberi rawatan yang secukupnya kepada pesakit
Huraian
·  Rawatan boleh diberi secara psikologi.
·  Pesakit juga hendaklah dibawa berjumpa dengan pakar psikatri.
·  Bagi penyakit mental yang serius, pesakit boleh dirawat menggunakan kaedah kejutan elektrik