01 May 2010

Tingkatan 6

Pada Mei ini (10hb) seramai 278 pelajar akan mendaftar di tingkatan 6. nsampaknya kesibukan mengajar akan terus meningkat. Tambahan pula mata pelajaran Pengajian Am adalah subjek teras dan wajib. Pengetahuan am yang terhad ini boleh menjejaskan pencapaian pelajar. Oleh itu, pembacaan semua bahan yang berterusan perlu dikuasai dengan menyeluruh. Sebagai pelajar, persiapan awal diperlukan untuk pencapaian yang baik seterusnya...

MASA..

Masa.  Dah lama tak tulis kat sini. Sebenarnya bukan sibuk tetapi tak dapat nak luangkan sedikit masa sebab dihantui facebook. Disitu ramai bertemu kengkawan. Ni nak tulis apa pun tak ntau lagi..

21 January 2010

HARGAI KEHIDUPAN

Sama ada sesuatu perkara yang kita inginkan menjadi kenyataan atau sebaliknya, sudah pasti akan pro dan kontranya. Ia begitu subjektif. Tetapi pengiktirafan dan penghargaan terhadap apa yang terjadi adalah perlu. Misalnya jika tertinggal bas sekolah, kita akan menunggu bas yang seterusnya walaupun lambat kesekolah tetapi kita tetap kesekolah. Atau pun, bila tertinggal bas, kita terus balik ke rumah dan melakukan kerja yang lain. Yang pasti kita menghargai kehidupan sendiri dengan cara yang verbeza. Moralnya...... sikap diri sendiri. hargai kehidupan....

14 January 2010

TAHUN 2010

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan tahun 2010, dan bermula tahun ini beberapa azam telah, dan, akan dilaksanakan. Bagi saya ianya hanya penghampiran kealam kubur.  Jika diberi peluang ramai antaranya ingin melalui satu zaman yang berkekalan... macam Peter Pan.  kalau boleh nak senang aje dan tak mahu susah..