Showing posts with label LATIHAN PA 1. Show all posts
Showing posts with label LATIHAN PA 1. Show all posts

03 May 2011

Latihan PA 1- 2

1.      Jika Perdana Menteri hilang kepercayaan majoriti daripada kalangan ahli Dewan Rakyat, beliau boleh
                                        I        mengadakan pilihan raya kecil
                                     II        kekal dalam jawatan jika disokong oleh ahli Kabinet
                                  III        meminta Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen
                                  IV        meletakkan jawatan dan diikuti oleh menteri Kabinet yang lain.
A   I dan II                                                      C   II dan IV
B   I dan III                                                    D   III dan IV

2.      Yang manakah penyataan  yang benar tentang Suruhanjaya ?
A       Ahli-ahli Suruhanjaya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong
B       Suruhanjaya Hak Asasi Manusia merupakan Suruhanjaya  Khas
C       Suruhanjaya terbahagi kepada tiga iaitu Suruhanjaya Tetap, Khas dan Diraja
D       Tujuan utama Suruhanjaya perkhidmatan adalah untuk menyelaraskan antara Kerajaan Pusat dengan Negeri

3.      Yang manakah perkara yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja ?
                                I       Mengubah sempadan negeri
                             II       Menggubal sempadan kawasan pilihan raya
                          III       Melantik Perdana Menteri dan ahli-ahli Kabinet
                          IV       Mempersetujui sesuatu amalan atau upacara agama Islam
A   I dan II                                                      C   II dan III
B   I dan IV                                                    D   III dan IV

4.      Yang manakah penyataan yang benar tentang kabinet?
                            I        Kabinet merupakan sebuah badan pentadbiran
                         II        Dasar dan arahan Kabinet dilaksanakan oleh jentera pentadbiran negara
                      III        Kabinet diketuai oleh seorang Perdana Menteri yang juga Ahli Dewan Negara
                      IV        Kabinet berfungsi menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong
A   I dan III                                                    C   II dan III
B   I dan IV                                                    D   II dan IV

5.      Yang manakah penyataan yang benar tentang kuasa dalam Sistem Kerajaan Persekutuan Malaysia ?
                     I       Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan ke atas Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan
                  II       Kerajaan Pusat membahagikan kuasa pemerintahan dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan
               III       Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan mempunyai autonomi perundangan dalam bidang tertentu
               IV       Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad ke atas Kerajaan Negeri dan berkuasa penuh ke atas Kerajaan Tempatan
A   I dan III                                                    C   II dan III
B   I dan IV                                                    D   II dan IV





6.      Yang manakah agensi yang terletak di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri ?
                     I      Biro Tatanegara
                  II      Jabatan Peguam Negara
               III      Jabatan Perpaduan Negara
               IV      Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
A   I dan II                                                      C   II dan IV
B   I dan III                                                    D   III dan IV

7.      Yang manakah penyataan yang benar tentang objektif penubuhan perbadanan awam ?
                           I      Membolehkan rakyat mengambil bahagian dalam perniagaan
                        II      Membolehkan kerajaan bergiat dalam bidang pembangunan sosioekonomi
                     III      Membolehkan kerajaan memperoleh keuntungan untuk pembangunan negara
                     IV      Menjamin sektor yang tidak menguntungkan terus wujud untuk kepentingan bersama
A   I dan III                                                    C   II dan III
B   I dan IV                                                    D   II dan IV

8.      Yang manakah penyataan yang benar tentang tugas Raja dan Yang Dipertua Negeri ?
                           I      Melantik Hakim Mahkamah Sesyen
                        II      Mempengerusikan Jemaah Pengampunan Negeri
                     III      Menghadiri semua mesyuarat Dewan Undangan Negeri
                     IV      Menjalankan pemerintahan mengikut nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
A   I dan II                                                      C   II dan IV
B   I dan III                                                    D   III dan IV

9.         
Bertanggungjawab dalam merancang dan menggubal dasar-dasar kewangan dan belanjawan kerajaan
Penyataan di atas merujuk kepada bidang tugas
A       Bank Negara                                             C   Jabatan Akauntan Negara
B       Perbendaharaaa                                         D   Majlis Kewangan Negara

10. Yang manakah penyataan yang benar tentang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri?
                           I      Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri boleh menjalankan profesion masing-masing
                        II      Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikenali sebagai Kabinet Negeri di Sabah dan  Majlis  Tertinggi di Sarawak
                     III      Setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan memegang portfolio pentadbiran kecuali Menteri  Besar dan Ketua Menteri
                     IV      Setiausaha Kerajaan, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang ialah pegawai-pegawai ex-officio
A   I dan II                                                      C   II dan IV
B   I dan III                                                    D   III dan IV

11. Yang manakah penyataan yang benar tentang jawatan dan kuasa perlantikannya?
   Jawatan
Dilantik Oleh
I
Ketua Setiausaha Negara
Perdana Menteri
II
Ketua Audit Negara
Yang di-Pertuan Agong
III
Pengerusi Suruhanjaya
Kabinet
IV
Setiausaha Dewan Rakyat
Yang di-Pertuan Agong
A   I dan II                                                      C   II dan IV
B   I dan III                                                    D   III dan IV

12. Yang manakah merupakan punca-punca hasil Kerajaan Negeri ?
                          I       Hasil duti setem
                       II       Hasil daripada harta karun
                    III       Hasil daripada bayaran elektrik
                    IV       Hasil daripada pengeluaran lesen pembalakan
A   I dan II                                                      C   II dan IV
B   I dan III                                                    D   III dan IV

13.
·         Harga dua dozen buah strawberi ialah RM18 pada hari jualan pertama.
·         Pada hari kedua, harga strawberi turun sebanyak 30%
Jika Aiman mempunyai RM43.05, berapa biji strawberi yang dapat dibeli pada hari kedua?
A 61                                                                C 82
B 79                                                                D 90

14. Ah Chong menerima wang saku sebanyak RM20 daripada ibunya setiap minggu. Dia menyimpan 25% daripada wang saku setiap minggu dan selebihnya dibelanjakan. Kira perbezaan antara wang yang diterima dengan wang  simpanan setelah 4 minggu.
A RM20                                                         C RM60
B RM40                                                          D RM80

Soalan 15 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini
         Jadual 1 : Kes Ragut di Empat Daerah di Perak pada Tahun 2005 dan 2006
Daerah
Bilangan Kes /Tahun
2005
2006
Kinta
2,876
3,142
Batang Padang
1,675
1,784
Hilir Perak
   879
  965
Manjung
  972
1,025
Jumlah
6,402
6,916

(Sumber : Dipetik dan diubahsuaikan daripada Harian Metro, December 2007)

15.  Yang manakah penyataan yang benar tentang Jadual 1 di atas?
                                 I       Daerah Hilir Perak menyumbang peratusan terendah bagi kedua-dua tahun
                              II       Pada tahun 2006 hanya Daerah Kinta menunjukkan peratusan kenaikan kes ragut di Perak
                           III       Kes ragut di negeri Perak telah meningkat sebanyak 8.03% dari tahun 2005 hingga tahun 2006
                           IV       Lebih daripada 45% kes ragut berlaku di Daerah Kinta pada tahun 2005 dan 2006
A   I dan II                                                            C   II dan IV
B   I dan III                                              D   III dan IV

30 April 2011

LATIHAN PA1- 1

 1.  Yang manakah golongan berikut tertakluk kepada sekatan kebebasan bergerak menurut Perlembagaan Pesekutuan?
                I        Seseorang yang ditangkap atas kesalahan rasuah
             II        Seseorang yang mengidap penyakit selsema burung
          III        Seseorang yang dibebaskan atas jaminan pihak polis
          IV        Seseorang yang ditahan kerana mengancam keselamatan negara
A   I dan II                                                      C   II dan IV
B   II dan III                                                   D   III dan IV

2.   K. Letchumy telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia pada tahun 2004. Apakah syarat yang diperlukan bagi membolehkannya mendapat taraf kerakyatan melalui cara pendaftaran?
                I        Ia telah menunjukkan kelakuan yang baik
             II        Berniat hendak mempunyai dua kerakyatan
          III        Tinggal di Persekutuan selama dua tahun dari tarikh permohonan
          IV        Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang memadai
A   I dan II                                                      C   II dan III
B   I dan III                                                    D   II dan IV

3.   Penyataan manakah yang benar berkaitan dengan pelucutan kewarganegaraan ke atas seseorang perempuan yang menjadi warganegara secara pendaftaran?
A   Menyembunyikan kenyataan sebenar semasa membuat permohonan
B   Telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 oleh Mahkamah Sesyen
C   Tinggal di negara asal 3 tahun dari 5 tahun dari tarikh perakuan kewarganegaraan
D   Perkahwinan tersebut telah dibubarkan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perakuan


Perlembagaan Persekutuan adalah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan-keistimewaan Raja Negeri itu. (Perkara 71, Bahagian 5 Perlembagaan Persekutuan)

 
4.
 Perlembagaan Persekutuan adalah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan-keistimewaan Raja Negeri itu. (Perkara 71, Bahagian 5 Perlembagaan Persekutuan)



Yang manakah berikut menerangkan tentang penyataan di atas?
A  Sultan menjadi Ketua Agama Islam bagi negerinya sendiri
B  Perlembagaan Persekutuan akan menentukan hak mewarisi takhta
C  Pertikaian hak mewarisi takhta akan diputuskan oleh Mahkamah Khas
D  Ketua Negeri boleh mengampuni anaknya yang telah dijatuhkan hukuman

5. Konsep sesebuah negara merujuk kepada
A  sekumpulan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan tertentu
B  sesuatu kawasan yang ditadbir oleh sesuatu kerajaan bagi tempoh tertentu
C  sekelompok masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan tertentu dan
     berkerajaan sendiri
D  sebuah wilayah yang bersempadanan, berpenduduk, dan diiktiraf  negara lain



6.
·         Undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri boleh dibatalkan
·         Perlembagaan Negeri perlu disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan
Penyataan di atas merujuk kepada
A  Kerajaan Kesatuan                                     C  Kerajaan Persekutuan
B  Kerajaan Demokrasi                                   D  Kerajaan Konfederasi

7.
“Raja menjalankan kuasanya berdasarkan peruntukan-peruntukan tertentu manakala badan Kehakiman tidak sesuka hati semasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah-pesalah jenayah”
Penyataan di atas merujuk kepada
A  Kerajaan Persekutuan                                C  Raja Berperlembagaan
B  Doktrin Pengasingan Kuasa                       D  Konsep Ketertinggian Perlembagaan

8.   Manakah antara berikut berkaitan dengan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?
                I        Jawatan dalam perkhidmatan awam
             II        Pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar
          III        Peruntukan kewangan kepada Kerajaan Negeri
          IV        Kuota pelajar menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Swasta
A   I dan II                                                      C   II dan III
B   I dan III                                                    D   II dan IV

9. Berdasarkan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan, manakah tindakan yang boleh diambil ke atas seseorang warganegara yang berada di luar negara yang secara sedar telah menghina negara dan Yang di-Pertuan Agong?
                I        Dibuang Negeri
             II        Dilucutkan kerakyatan
          III        Dilarang masuk ke dalam Persekutuan
          IV        Ditahan selama 2 tahun tanpa perbicaraan
A   I dan II                                                      C   II dan III
B   I dan III                                                    D   II dan IV

10.
·         Menghalang sesuatu komponen Kerajaan mempunyai terlalu banyak kuasa
·         Memastikan pentadbiran Kerajaan berjalan dengan lancar tanpa gangguan
Penyataan di atas merupakan tujuan utama kewujudan
A  Doktrin Pengasingan Kuasa                       C  Sistem Demokrasi Berparlimen
B  Amalan Parlimen Dwidewan                     D  Konsep Ketertinggian Perlembagaan

11.  Encik X  telah ditahan pihak polis melebihi tempoh tertentu dan tidak dilepaskan. Apakah cara yang membolehkan beliau membebaskan diri daripada tahanan tersebut berdasarkan Perkara 5 Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan?
A   Memohon ‘habeas corpus’ ke Mahkamah Tinggi
B   Membayar wang jaminan yang ditentukan oleh mahkamah
C   Menyerahkan pasport antarabangsa kepada pihak mahkamah
D   Membuat saman malu  melalui peguam ke Mahkaman Majistret

12.  Manakah situasi berikut yang membolehkan pihak polis bertindak tanpa memerlukan waran tangkap dan tidak menyalahi peruntukan Kebebasan Asasi, Perkara 10 Bahagian 2, Perlembagaan Persekutuan?
                I        Menangkap nelayan asing yang menceroboh perairan negara
             II        Menahan beberapa orang yang menyertai perhimpunan tanpa permit
          III        Menangkap seseorang yang bersenjata ketika menyertai perhimpunan secara aman
          IV        Menyerbu sesebuah rumah dan menahan mereka yang terlibat dengan pengedaran dadah
A   I dan II                                                      C   II dan III
B   I dan III                                                    D   II dan IV

13.
Ujian
Masa
Kertas 1
1jam 15 minit
Rehat
20 minit
Kertas 2
1jam 30 minit
Jadual di atas menunjukkan masa yang diperuntukan untuk satu ujian. Jika semua calon dikehendaki berada di dewan peperiksaan 10 minit lebih awal sebelum Kertas 1 bermula dan Kertas 2 berakhir pada pukul 11.05 pagi. Pukul berapakah calon mesti berada di dewan sebelum bermulanya Kertas 1?
A  7.35 pagi                                        C  8.00 pagi
B  7.50 pagi                                         D  8.10 pagi

14.  Terdapat 3 bekas yang masing-masing berlabel P, Q dan R. Bekas P mempunyai X biji telur. Q kurang 7 biji telur berbanding P manakala R lebih 15 biji telur berbanding Q. Berapakah nilai X jika jumlah telur  untuk ketiga-tiga bekas ialah 34 biji ?
A 8                                                      C 22
B 11                                                    D 23

Soalan 15 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.
Jadual 1 :Perdagangan Malaysia Dengan Korea Selatan
Tahun
2003
2004
2005
2006
Eksport (RM juta)
13192
16839
18742
19657
Import (RM juta)
17930
19868
20321
21657
(Sumber : Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia)
15. Yang manakah benar tentang Jadual 1 di atas ?
                I        Imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia.
             II        Jumlah eksport Korea Selatan semakin meningkat dari tahun 2003 hingga 2006.
          III        Imbangan perdagangan Malaysia pada tahun 2005 mengalami defisit sebanyak RM 1579 juta.
          IV        Jumlah eksport Malaysia pada tahun 2006 meningkat sebanyak 14.3% berbanding tahun 2004.
A  I dan II                                           C  II dan III
B  I dan IV                                         D  III dan IV