30 April 2011

LATIHAN PA1- 1

 1.  Yang manakah golongan berikut tertakluk kepada sekatan kebebasan bergerak menurut Perlembagaan Pesekutuan?
                I        Seseorang yang ditangkap atas kesalahan rasuah
             II        Seseorang yang mengidap penyakit selsema burung
          III        Seseorang yang dibebaskan atas jaminan pihak polis
          IV        Seseorang yang ditahan kerana mengancam keselamatan negara
A   I dan II                                                      C   II dan IV
B   II dan III                                                   D   III dan IV

2.   K. Letchumy telah berkahwin dengan seorang warganegara Malaysia pada tahun 2004. Apakah syarat yang diperlukan bagi membolehkannya mendapat taraf kerakyatan melalui cara pendaftaran?
                I        Ia telah menunjukkan kelakuan yang baik
             II        Berniat hendak mempunyai dua kerakyatan
          III        Tinggal di Persekutuan selama dua tahun dari tarikh permohonan
          IV        Mempunyai pengetahuan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang memadai
A   I dan II                                                      C   II dan III
B   I dan III                                                    D   II dan IV

3.   Penyataan manakah yang benar berkaitan dengan pelucutan kewarganegaraan ke atas seseorang perempuan yang menjadi warganegara secara pendaftaran?
A   Menyembunyikan kenyataan sebenar semasa membuat permohonan
B   Telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 oleh Mahkamah Sesyen
C   Tinggal di negara asal 3 tahun dari 5 tahun dari tarikh perakuan kewarganegaraan
D   Perkahwinan tersebut telah dibubarkan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh perakuan


Perlembagaan Persekutuan adalah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan-keistimewaan Raja Negeri itu. (Perkara 71, Bahagian 5 Perlembagaan Persekutuan)

 
4.
 Perlembagaan Persekutuan adalah menjamin hak Raja sesuatu Negeri untuk mewarisi dan memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak perlembagaan dan keistimewaan-keistimewaan Raja Negeri itu. (Perkara 71, Bahagian 5 Perlembagaan Persekutuan)



Yang manakah berikut menerangkan tentang penyataan di atas?
A  Sultan menjadi Ketua Agama Islam bagi negerinya sendiri
B  Perlembagaan Persekutuan akan menentukan hak mewarisi takhta
C  Pertikaian hak mewarisi takhta akan diputuskan oleh Mahkamah Khas
D  Ketua Negeri boleh mengampuni anaknya yang telah dijatuhkan hukuman

5. Konsep sesebuah negara merujuk kepada
A  sekumpulan penduduk yang mendiami sesuatu kawasan tertentu
B  sesuatu kawasan yang ditadbir oleh sesuatu kerajaan bagi tempoh tertentu
C  sekelompok masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan tertentu dan
     berkerajaan sendiri
D  sebuah wilayah yang bersempadanan, berpenduduk, dan diiktiraf  negara lain



6.
·         Undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri boleh dibatalkan
·         Perlembagaan Negeri perlu disesuaikan dengan Perlembagaan Persekutuan
Penyataan di atas merujuk kepada
A  Kerajaan Kesatuan                                     C  Kerajaan Persekutuan
B  Kerajaan Demokrasi                                   D  Kerajaan Konfederasi

7.
“Raja menjalankan kuasanya berdasarkan peruntukan-peruntukan tertentu manakala badan Kehakiman tidak sesuka hati semasa menjatuhkan hukuman ke atas pesalah-pesalah jenayah”
Penyataan di atas merujuk kepada
Kerajaan Persekutuan                                C  Raja Berperlembagaan
Doktrin Pengasingan Kuasa                       D  Konsep Ketertinggian Perlembagaan

8.   Manakah antara berikut berkaitan dengan Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?
                I        Jawatan dalam perkhidmatan awam
             II        Pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar
          III        Peruntukan kewangan kepada Kerajaan Negeri
          IV        Kuota pelajar menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Swasta
A   I dan II                                                      C   II dan III
B   I dan III                                                    D   II dan IV

9. Berdasarkan Perkara 9 Perlembagaan Persekutuan, manakah tindakan yang boleh diambil ke atas seseorang warganegara yang berada di luar negara yang secara sedar telah menghina negara dan Yang di-Pertuan Agong?
                I        Dibuang Negeri
             II        Dilucutkan kerakyatan
          III        Dilarang masuk ke dalam Persekutuan
          IV        Ditahan selama 2 tahun tanpa perbicaraan
A   I dan II                                                      C   II dan III
B   I dan III                                                    D   II dan IV

10.
·         Menghalang sesuatu komponen Kerajaan mempunyai terlalu banyak kuasa
·         Memastikan pentadbiran Kerajaan berjalan dengan lancar tanpa gangguan
Penyataan di atas merupakan tujuan utama kewujudan
A  Doktrin Pengasingan Kuasa                       C  Sistem Demokrasi Berparlimen
B  Amalan Parlimen Dwidewan                     D  Konsep Ketertinggian Perlembagaan

11.  Encik X  telah ditahan pihak polis melebihi tempoh tertentu dan tidak dilepaskan. Apakah cara yang membolehkan beliau membebaskan diri daripada tahanan tersebut berdasarkan Perkara 5 Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan?
A   Memohon ‘habeas corpus’ ke Mahkamah Tinggi
B   Membayar wang jaminan yang ditentukan oleh mahkamah
C   Menyerahkan pasport antarabangsa kepada pihak mahkamah
D   Membuat saman malu  melalui peguam ke Mahkaman Majistret

12.  Manakah situasi berikut yang membolehkan pihak polis bertindak tanpa memerlukan waran tangkap dan tidak menyalahi peruntukan Kebebasan Asasi, Perkara 10 Bahagian 2, Perlembagaan Persekutuan?
                I        Menangkap nelayan asing yang menceroboh perairan negara
             II        Menahan beberapa orang yang menyertai perhimpunan tanpa permit
          III        Menangkap seseorang yang bersenjata ketika menyertai perhimpunan secara aman
          IV        Menyerbu sesebuah rumah dan menahan mereka yang terlibat dengan pengedaran dadah
A   I dan II                                                      C   II dan III
B   I dan III                                                    D   II dan IV

13.
Ujian
Masa
Kertas 1
1jam 15 minit
Rehat
20 minit
Kertas 2
1jam 30 minit
Jadual di atas menunjukkan masa yang diperuntukan untuk satu ujian. Jika semua calon dikehendaki berada di dewan peperiksaan 10 minit lebih awal sebelum Kertas 1 bermula dan Kertas 2 berakhir pada pukul 11.05 pagi. Pukul berapakah calon mesti berada di dewan sebelum bermulanya Kertas 1?
A  7.35 pagi                                        C  8.00 pagi
B  7.50 pagi                                         D  8.10 pagi

14.  Terdapat 3 bekas yang masing-masing berlabel P, Q dan R. Bekas P mempunyai X biji telur. Q kurang 7 biji telur berbanding P manakala R lebih 15 biji telur berbanding Q. Berapakah nilai X jika jumlah telur  untuk ketiga-tiga bekas ialah 34 biji ?
A 8                                                      C 22
B 11                                                    D 23

Soalan 15 berdasarkan Jadual 1 di bawah ini.
Jadual 1 :Perdagangan Malaysia Dengan Korea Selatan
Tahun
2003
2004
2005
2006
Eksport (RM juta)
13192
16839
18742
19657
Import (RM juta)
17930
19868
20321
21657
(Sumber : Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia)
15. Yang manakah benar tentang Jadual 1 di atas ?
                I        Imbangan perdagangan memihak kepada Malaysia.
             II        Jumlah eksport Korea Selatan semakin meningkat dari tahun 2003 hingga 2006.
          III        Imbangan perdagangan Malaysia pada tahun 2005 mengalami defisit sebanyak RM 1579 juta.
          IV        Jumlah eksport Malaysia pada tahun 2006 meningkat sebanyak 14.3% berbanding tahun 2004.
A  I dan II                                           C  II dan III
B  I dan IV                                         D  III dan IV

BIOTEKNOLOGI/KEJURUTERAAN GENETIK

negatifnya juga tidak boleh diabaikan.

Bioteknologi


Struktur insulin
Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila
 ia digunakan dalam  bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. 
Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
 telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:"Bioteknologi bererti sebarang
 penggunaan teknologi yang menggunakan   sistem biologi, organisma  hidup,
 atau teori terhasil darinya, bagi  menghasilkan  atau mengubah barangan atau
 proses bagi  kegunaan khusus."
Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri
 pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh
 badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang
dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau
 proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam 
erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden,
 bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya
 boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik 
bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma
 peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.
Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan
 harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat 
mujarab, secara umumnya revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan
 tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi monoklon mengesyorkan 
bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.






KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetik meliputi bidang penyelidikan dan pengubahsuaian genetik manusia, haiwan dan tanaman. Sudah banyak kejayaan yang dicapai oleh penyelidik-penyelidik luar negara dalam aspek ini sehingga ada yang mendapat liputan meluas media massa antarabangsa. Namun, setiap teknologi itu pasti ada kesan baik dan buruknya.

Kemungkinan aspek positif kejuruteraan genetik ini adalah kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. Kini, sudah ada teknologi dan kaedah yang membolehkan pasangan yang sebegini mempunyai anak dengan mudah dan selamat. Kewujudan anak dalam sesuatu keluarga itu sudah pasti mampu memberikan lebih suasana ceria yang diimpikan oleh manusia. 

Malah, teknologi sebegini juga boleh membuat penyelidikan awal untuk menentukan bahawa anak yang bakal dilahirkan itu tidak mengalami sebarang kecacatan tertentu. Tindakan membuat penentuan genetik sebegini sudah pasti mampu memberikan satu ketenangan kepada ibu bapa yang bakal menerima anak dalam kehidupan mereka.

Malah, kejuruteraan genetik juga sudah mula memberi kesan positif dalam kes-kes jenayah dan sivil. Kalau dahulu pihak polis sukar untuk menahans eserang tanpa sebarang bukti yang konkrit kini masalah itu semakin menghilang kerana penggunaan teknologi ini akan memudahkan polis mengesan penjenayah. Dalam masa yang sama, penjenayah juga akan berfikir dua kali sebelum melakukan sebarang tindakan jahat kerana sedar sebarang tinggalan genetik mereka pasti mampu dikesan oleh polis dengan mudah.

Impak yang paling menarik yang dibawa oleh teknologi ini ialah industri ternakan akan mampu diperluaskan. Sudah pasti lebih banyak baka ternakan yang berkualiti tinggi mampu dihasilkan dengan mudah dan cepat. Hasil ternakan yang sebegini memberikan manusia satu sumber protein yang penting untuk memastikan keseinambungan kehidupan manusia. Penternak tidak akan mengalami sebarang masalah kritikal untuk menghasilkan hasil yang baik.

Namun, kejuruteraan genetik juga membawa impak negatif hang harus diberikan penekanan oleh masyarakat. Akan wujud golongan tertentu yang akan menggunakan teknologi ini untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama dan perundangan. Tindakan mengklonkan manusia untuk sesuatu yang berunsur negatif akan menyusahkan masyarakat. Bayangkan penjenayah mampu bertukar wajah dengan mudah lalu menyukarkan pihak polis menahan mereka daripada melakukan jenayah berulang kali.

Kesimpulannya, teknologi genetik memang baik buat manusia Cuma kita harus sedar limitasi yang wujud. Sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk membawa masalah kepada kehidupan manusia hendaklah diharamkan oleh kerajaan. Teknologi dihasilkan untuk memudahkan kehidupan manusia dan bukannya membawa impak negatif.

BIOTEKNOLOGI


Bioteknologi: Kelebihan dan Ancamannya Terhadap Sarwajagat

ihsan NOORZIHAN MOHAMED YIN (YADIM)

BIOTEKNOLOGI merupakan satu bidang sains yang dapat membantu meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai segi, misalnya dalam bidang pertanian, perubatan dan kualiti alam sekitar. Pada abad ke-21 ini, bioteknologi memainkan peranan penting dalam pelbagai aktiviti kehidupan, misalnya penggunaan cap jari DNA bagi mengesan penjenayah; penghasilan bahan ubatan seperti vaksin dari organisma diubahsuai bahan genetik (GMOs); terapi gen bagi mengubati penyakit yang diwarisi dan tumbuhan transgenik (GM) bagi sektor pertanian. 


Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Dalam erti kata lain bioteknologi merupakan kajian sains mengenai benda hidup dengan menggunakan teknik atau proses teknologi untuk meningkatkan penghasilan sumber hidupan dan penghasilan pelbagai produk lain.



Bioteknologi terbit daripada dua unsur iaitu ‘biologi’ dan ‘teknologi’. Kamus Dewan mentakrifkan ‘biologi’ sebagai ilmu hayat atau benda-benda hidup. Sementara ‘teknologi’ itu pula bermakna ilmu pengetahuan mengenai segala ilmu yang berkaitan dengan perindustrian dan sains gunaan yang mempunyai nilai ekonomi. 



Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi: “Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus.”



Dalam sejarah tamadun manusia terawal seperti Mesir dan Babylon dicatatkan bahawa masyarakat mereka telah menghasilkan minuman dan makanan seperti bir, roti dan keju. Namun pada masa itu, manusia tidak mengetahui bahawa proses untuk menghasilkan bahan-bahan tersebut merupakan suatu proses sains dipanggil bioteknologi. Apabila saintis seperti Meischer menemui DNA dalam nukleus sel dan James D. Watson serta Francis Crick (1953) mencadangkan bahawa DNA berbentuk heliks ganda dua, bidang bioteknologi telah berkembang dengan pesat.



Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden, bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. 



Bioteknologi terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu. Terdapat 5,000 syarikat di seluruh dunia yang berasaskan bioteknologi dengan nilai pasaran mencecah RM2.8 trilion. 



Justeru, menyedari kepentingan bioteknologi dalam pembangunan dunia sejagat, kerajaan Malaysia telah meletakkan bidang ini sebagai salah satu bidang berkepentingan untuk dimajukan dalam Pelan Rancangan Malaysia ke-8. 



Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 28 April 2005 telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara yang menggariskan sembilan teras utama dalam membangunkan bidang bioteknologi sebagai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru. 



Kerajaan telah memperuntukkan RM4 billion untuk pembangunan bioteknologi manakala sektor awam dan swasta pula dijangka melabur sebanyak RM30 billion. Ini akan membuka ruang kepada bioteknologi menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan negara. 



Kerajaan juga telah meletakkan sasaran sumbangan sebanyak 2.5 peratus daripada industri bioteknologi kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2010. Sumbangan industri bioteknologi kepada KDNK juga dijangka meningkat kepada empat peratus menjelang 2015 dan lima peratus pada 2020. 



Sejajar dengan itu, kerajaan akan membangunkan Bionexus Malaysia iaitu rangkaian pusat kecemerlangan terdiri daripada institusi terbaik dalam negara yang menawarkan subsektor khusus bioteknologi dengan permulaannya akan tertumpu kepada tiga pusat kecemerlangan, iaitu bioteknologi pertanian di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan Universiti Putra Malaysia (UPM); genomik dan biologi molekular di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala pusat kecemerlangan bidang farmaseutikal dan nutraseutikal akan dibina di tapak asal Lembah Bio di Dengkil.



Teras-teras yang digariskan dalam Dasar Bioteknologi Negara ialah:



· Pembangunan Bioteknologi Pertanian - merubah dan memperluaskan nilai penciptaan dalam sektor pertanian melalui bioteknologi.

· Penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC) yang berada di bawah seliaan Majlis Pelaksanaan Dasar yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri sendiri. MBC diletakkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

· Pembangunan Bioteknologi dan Penjagaan Kesihatan - Menggunakan kelebihan biodiversiti negara dengan melakukan penemuan komersial dalam pembangunan produk-produk asli, termasuk meletakkan Malaysia dalam peta pasaran bi-generik.

· Pembangunan Bioteknologi Perindustrian - Memastikan pertumbuhan peluang-peluang dalam aplikasi pemprosesan bio-termaju dan teknologi bio-pembuatan.

· Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dan pengambilalihan teknologi - Menubuhkan pusat kecemerlangan, dalam institusi sedia ada atau baru dengan mengadakan kerjasama antara kumpulan penyelidikan pelbagai bidang.
· Pembangunan sumber tenaga - Membina kemampuan sumber tenaga bioteknologi negara bagi memenuhi keperluan pasaran melalui pelbagai skim khas, program dan latihan.
· Pembangunan prasarana kewangan - Menawarkan dana ‘makmal ke pasaran’ yang kompetitif dan insentif untuk menggalakkan penglibatan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
· Pembangunan kerangka kerja peraturan dan perundangan - Mewujudkan persekitaran kondusif melalui penyemakan kerangka kerja prosedur dan perundangan secara berterusan selaras dengan standard dan amalan global. Membangunkan regim perlindungan harta intelek yang mampu menyokong aktiviti R&D dan pengkomersialan.
· Kedudukan strategik - mewujudkan strategi pemasaran global untuk membina jenama bioteknologi Malaysia yang diiktiraf.



Jika rancangan ini berjaya, industri bioteknologi negara dijangka mampu mewujudkan 280,000 peluang pekerjaan menjelang 2020 selain meningkatkan imej pertanian negara sekaligus membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama yang tinggal di luar bandar.



Walaupun demikian, bioteknologi ini masih lagi perlu diperhalusi terutamanya dari segi status halal haram dan kesannya terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusiawi dan alam. Menerusi kajian para saintis, bioteknologi ini masih terdapat kekurangan yang mampu membawa padah kepada manusia dan alam.



Teknologi baru yang radikal yang memecahkan sempadan genetik ini bukan sahaja antara spesis tetapi juga antara manusia, haiwan dan tumbuhan mendatangkan risiko serius serta ibarat meletakkan manusia sebagai ‘tikus makmal’. 



Menurut pakar, keselamatan proses ujikaji kajian akan sentiasa berada dihujung tanduk kerana kesilapan yang berlaku tidak akan dapat ditarik balik daripada alam dan kesannya akan merebak tanpa sempadan. Tidak seperti kajian dan ujikaji kimia dan nuklear, ‘pencemaran genetik’ tidak dapat dibersihkan. Kesilapan genetik ini akan berpanjangan dan bersambung antara generasi ke generasi (Mohideen Abdul Kader, A guide to Genetically-modified Foods ini Malaysia). 



Edwin Chargoff, seringkali dirujuk sebagai Bapa Biologi Molekul, pernah menyatakan bahawa pengubahsuaian genetik di dalam makanan ibarat “Suatu eksperimen yang paling besar dan berbahaya di dalam sejarah manusia.” Beliau mengibaratkan pengubahsuaian ini sebagai ancaman yang paling besar berbanding teknologi nuklear.



Pada tahun 1998, Dr. Arpad Pusztai, seorang saintis British telah mempelopori kajian mengenai kesan makanan yang mengalami pengubahsuaian genetik (GM) terhadap nutrisi haiwan dan alam telah mendapati bahawa ia memberikan kesan negatif terhadap usus, badan,tahap metabolisma dan sistem imunisasi tikus yang diuji.



Kajiannya melibatkan ubi kentang GM yang diberikan kepada tikus bagi diperhatikan kesan perubahan pada fisiologi, terutamanya usus, proses metabolisma dan sistem imunisasinya. Kajian mendapati saiz beberapa organ tikus telah mengecil termasuk otak dan sistem imunisasi melawan penyakitnya bertambah lemah. Akibat daripada hasil dapatannya itu, Pusztai telah disingkirkan dan dipaksa bersara daripada pasukan ujikajinya di Rowett Tesearch Institute selepas melahirkan kegusarannya kepada media.



Antara ancaman makanan GM ini adalah alahan, kadar toksid, daya tahan antibiotik meningkat dan kesan-kesan sampingan luar jangkaan lain. Mengubahsuai struktur genetik suatu makanan juga boleh mewujudkan toksin pembunuh yang pada asalnya adalah selamat bagi tubuh badan.



Bakteria yang telah mengalami kejuruteraan genetik (GE) bagi tujuan menghasilkan makanan tambahan dalam kuantiti besar, L-tryptophan, telah menghasilkan toksik yang membunuh lebih 30 orang dan mencacatkan lebih 5,000 orang di Amerika Syarikat sebelum ditarik balik dan diharamkan penghasilannya oleh Food and Drug Administration (FDA).



Kajian yang dijalankan oleh Michigan State University juga mendapati tanaman yang melalui proses GM dan GE bagi melindungi daripada virus akan mengakibatkan virus tersebut bermutasi kepada suatu bentuk baru lebih berbahaya dan berupaya menyerang spesis tumbuhan dan hidupan lain. 



Selain kesannya terhadap kesihatan dan alam, persoalan yang lebih besar adalah makanan yang dihasilkan melalui kaedah bioteknologi ini tidak terlepas daripada isu halal haramnya. Surah al-Baqarah ayat 172 bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah jika kamu benar-benar menyembah hanya kepada-Nya.”



Al Quran dan Sunnah memandang soal halal haram makanan ini sebagai suatu yang besar yang mana mampu memberi kesan terhadap kehidupan di dunia dan di akhirat. Menurut perkiraan Islam, soal halal haram makanan akhir yang diambil bergantung juga dengan persoalan asas bagaimana ia dihasilkan, dari mana ia dihasilkan dan siapa yang menghasilkannya.



Firman Allah s.w.t yang bermaksud, “Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu.” (al-Baqarah: 168

PENDATANG ASING TANPA IZIN

Kesan-kesan kemasukan pendatang asing tanpa izin kepada negara

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.
Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.
Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.
Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang. Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.
Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada rakyat kita.
Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin, juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi minoriti di tanah airnya send

25 April 2011

KEHIDUPAN MARIN

Selamatkan hidupan marin

Peningkatan suhu air, paras air laut dan keasidannya adalah ancaman terbesar kepada hidupan marin Segi Tiga Terumbu Karang. Bagaimanakah kita dapat menanganinya?






KEPUPUSAN spesies marin akibat penangkapan ikan yang keterlaluan dan perubahan cuaca melampau secara berterusan bakal memberi kesan kepada dunia. Dijangka kesemua bekalan ikan komersial dan spesies makanan laut akan habis menjelang tahun 2048.
Analisis sejarah, eksperimen dan data perikanan berhubung spesies ikan di laut dan ekosistem, para penyelidik mendapati, ketika bekalan makanan utama semakin menekan, kepupusan kehidupan marin boleh mengganggu biodiversiti secara global.
Laporan tersebut didedahkan oleh penulis LiveScience, Sara Goudarzi, yang dipetik daripada jurnalScience isu November 2008.
"Kehilangan spesies ini bermakna kita juga kehilangan produktiviti dan kestabilan keseluruhan ekosistem. Ia sangat mengejutkan bagaimana trend ini berlaku di luar jangkaan kita," kata penulisnya, Boris Worm dari Dalhousie University.


PERSIDANGAN Lautan Sedunia (WOC) 2009 di Manado, Sulawesi mengumpulkan ketua-ketua negara Segi Tiga Terumbu Karang selain wakil negara rakan, Amerika Syarikat dan Australia.




Kumpulan konservasi WWF turut melahirkan kebimbangan kemungkinan pupusnya biologi terumbu karang yang terbesar di Asia Tenggara pada penghujung abad ini sekiranya isu perubahan iklim tidak diketengahkan.
Perubahan iklim boleh memusnahkan kekayaan hidupan laut sekiranya pengeluaran gas rumah hijau tidak terkawal.
Peningkatan suhu air, paras air laut dan keasidannya adalah ancaman terbesar yang mengancam Segi Tiga Terumbu Karang.
Rangkaian terumbu karang yang dikenali sebagai Segi Tiga Terumbu Karang meliputi sempadan beberapa buah negara seperti Indonesia, Malaysia, Papua New Guinea, Kepulauan Solomon dan Timur Timor.
Rangkaian itu mempunyai lebih 76 peratus spesies terumbu karang dan 35 peratus adalah spesies ikan terumbu karang.
Malah, kepupusan terumbu karang mengakibatkan pengeluaran makanan di rantau itu merudum sebanyak 80 peratus. Ia meletakkan kehidupan 100 juta orang dalam bahaya.


PENINGKATAN suhu sekitar 0.5 darjah Selsius sudah cukup untuk mengancam hidupan marin.




Difahamkan, beberapa beberapa lokasi di Segi Tiga Terumbu Karang adalah kawasan yang penting untuk semua jenis ikan. Migrasi ikan tuna dan penyu menyebabkan mereka mungkin tidak lagi bertelur di kawasan terbabit.
Sehubungan itu, lebih 70 buah negara berkumpul di Manado, ibu kota Sulawesi, Indonesia baru-baru ini bagi membincangkan isu berhubung antara lautan dan perubahan iklim.
Persidangan Lautan Sedunia (WOC) yang julung kalinya diadakan itu bertujuan memelihara kepentingan laut dan sumber marin yang telah diancam oleh pemanasan global.
Apakah yang diperlukan untuk menyelamatkan Segi Tiga Terumbu Karang? Ia memerlukan komitmen pengurangan pengeluaran gas rumah hijau.
Kepanasan yang terperangkap daripada pembakaran bahan bakar fosil seperti arang, minyak dan gas dipersalahkan akibat atmosfera dan perubahan aliran cuaca, sekali gus meningkatkan keasidan laut yang mengancam hidupan marin.


KUMPULAN pencinta alam mendesak negara-negara dunia kini lebih tegas dengan isu pencemaran alam sekitar termasuklah kehidupan marin.








Dalam pada itu, di Malaysia, 99 peratus daripada penduduknya hidup dalam lingkungan 100 kilometer dari pantai dan hampir 100,000 orang terlibat secara langsung dalam industri perikanan.
Industri perikanan Malaysia merupakan penyumbang besar kepada sumber makanannya. Dengan pengambilan per kapita tahunan sebanyak 45 kilogram, penduduk Malaysia adalah antara yang tertinggi mengambil ikan dalam diet harian di Asia Tenggara.
Hampir 20 peratus daripada sumber protein rakyat Malaysia diperoleh daripada makanan laut.
"Namun, sumber marin Malaysia semakin merosot dan kepelbagaian biologinya diancam oleh aktiviti manusia.
"Laut saling berantaian dengan hidupan daratan. Apabila berlaku sesuatu perkara, contohnya pemanasan global di daratan, kesan juga bakal dirasai oleh kawasan marin.
"Apa yang membezakan adalah masa. Sama ada cepat atau lambat sahaja," terang Pengarah Institut Bioteknologi Marin, Universiti Malaysia Terengganu, Profesor Madya Dr. Mohd. Effendy Abd Wahid kepada Kosmo!.
Peningkatan suhu atmosfera
Ini kerana, apabila berlakunya peningkatan purata suhu atmosfera permukaan bumi secara global, maka ia akan menyebabkan pencairan ais dan glasier di kawasan Artik dan Antartika sekali gus mengakibatkan peningkatan dalam aras laut.
"Apabila suhu laut meningkat, walaupun hanya 0.5 darjah Selsius daripada suhu sebenar lautan iaitu antara 26 hingga 27 darjah Selsius, ia bakal mengancam terumbu karang di lautan.
"Apa yang paling penting di sini adalah diatom (sumber makanan kepada ikan-ikan dan organisme marin) yang terdapat pada terumbu karang.
"Apabila terumbu karang musnah, ini akan menyebabkan ikan-ikan yang bergantung padanya juga akan mati," tegas Effendy mengenai bahayanya kesan pemanasan global ke atas kehidupan marin.
Ini akan memberi kesan terhadap sumber makanan di Malaysia apabila tiada bekalan makanan.
Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr. Mohd. Rizal Arshad pula memberitahu, lautan adalah penyerap utama gas karbon dioksida (C02) daripada atmosfera.
"Peningkatan penyerapan gas CO2 ini menyumbangkan secara langsung kepada turunnya nilai pH air laut. Proses pengasidan air laut ini akan memberi kesan kepada hidupan marin.
"Ia akan turut dirasai oleh Malaysia kerana ia merupakan negara pesisir pantai yang akan menerima kesan langsung daripada proses pemanasan global itu.
Selain kesan pemanasan di daratan, hidupan marin di perairan negara akan terkesan kerana lautan adalah satu kejadian alam yang bersifat dinamik.
Ia merupakan sebahagian daripada komponen ekosistem global kerana Malaysia terletak di kawasan Khatulistiwa.
"Peningkatan suhu ini akan benar-benar dirasai. Hidupan batu karang di perairan Malaysia adalah sebahagian daripada sistem ekologi di Laut Cina Selatan dan Laut Sulu Sulawesi.
"Sekiranya tiada gerakan atau inisiatif bersepadu di peringkat setempat atau global tidak diambil, maka kemusnahan hidupan marin ini sukar untuk dihalang.
"Usaha Malaysia secara bersendirian hampir mustahil mengatasi masalah ini," katanya yang menyetujui usaha sama 100 buah negara dalam menangani masalah pemanasan global yang berlaku di Manado itu.
Sementara itu, Ketua Persidangan Lautan Sedunia (WOC), Indroyono Soesilo berkata, keindahan kepulauan Manado dan juga kepulauan sekitarnya juga kini sedang terancam.
Pemanasan global menyebabkan suhu air laut akan naik dan terumbu karang serta spesies ikan akan mati.
Jelasnya, terumbu karang terbesar yang dimiliki oleh kepulauan Manado juga terancam.
Matinya terumbu karang di kawasan segi tiga itu, akan mengancam sumber daya ikan dunia yang lain.
"Perhatian utama terhadap ancaman dan harapan berhubung kedudukan lautan yang meliputi 72 peratus permukaan dunia itu ketika wujud ketidaktentuan ekoran kepanasan global akan difokuskan," katanya.
Ujarnya, WOC turut mengumpulkan lebih 1,000 saintis dan pakar-pakar perubahan iklim yang akan memberi fokus terhadap lautan sebagai subjek teras ketika berdepan dengan perubahan iklim dan keselamatan makanan.


KEMUSNAHAN alam marin akan menyebabkan warga dunia kehabisan spesies makanan laut menjelang tahun 2048.




Manado merupakan sebuah ibu kota yang terletak di Kepulauan Sulawesi, Indonesia kira-kira 2,500 kilometer dari Kuala Lumpur (perjalanan udara) dan wilayah yang berkongsi laut Sulu dengan Sabah.
Ibu kota utara Sulawesi itu menjadi tempat destinasi utama pelancong terutamanya kepada pencinta laut untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti menyelam skuba dan snorkeling.
Di kalangan penyelam, Manado dikenali sebagai antara lokasi menyelam yang perlu dikunjungi kerana mempunyai beberapa taman laut termasuk Taman Marin Negara, Bunaken yang menempatkan 2,500 spesies ikan dan 70 jenis terumbu karang.
"Kami dapat melihat penurunan spesies di perairan yang cepat sejak 1,000 tahun yang lalu. Kesannya, kita kehilangan keupayaan penapis, habitat nurseri dan perikanan yang sihat," kata penulis bersama, Heike Lotze dari Dalhousie University, Canada.
Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Samudera dan Perikanan Indonesia, Freddy Numberi memberitahu, sumber samudera yang tidak ternilai harganya itu kini terancam dan semakin banyak lokasi yang mengalami kemusnahan.
"Ramai orang bimbang bahawa proses yang menyebabkan perubahan iklim kini di luar kawalan," katanya.
Walaubagaimanapun, Freddy memberitahu, dengan terlaksananya WOC 2009 itu, segala kebimbangan mengenai kemusnahan kehidupan marin yang berlaku akan mendapat satu penyelesaian yang lebih baik.
Khabarnya, persidangan itu juga bertujuan untuk mewujudkan perdebatan saintifik berhubung peranan laut dalam mesyuarat perubahan iklim Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen, Denmark, Disember ini.
Persidangan itu juga akan membincangkan untuk meneruskan Protokol Kyoto yang akan tamat pada 2012.
Persoalannya, mampukah persidangan selama lima hari yang berlangsung di Manado itu mencapai kata sepakat untuk kita bersama-sama memulihara kehidupan marin?