30 April 2011

BIOTEKNOLOGI/KEJURUTERAAN GENETIK

negatifnya juga tidak boleh diabaikan.

Bioteknologi


Struktur insulin
Teknologi biologi merujuk kepada teknologi berasaskan biologi, terutama apabila
 ia digunakan dalam  bidang pertanian, sains makanan dan perubatan. 
Persidangan mengenai kepelbagaian Biologi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
 telah membuat satu takrifan bagi bioteknologi:"Bioteknologi bererti sebarang
 penggunaan teknologi yang menggunakan   sistem biologi, organisma  hidup,
 atau teori terhasil darinya, bagi  menghasilkan  atau mengubah barangan atau
 proses bagi  kegunaan khusus."
Sebelum 1970-an, istilah, bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri
 pemprosesan makanan dan pertanian. Semenjak 1970-an, ia mulai digunakan oleh
 badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang
dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti pengabungan semula DNA atau
 proses berasaskan penkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam 
erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah, yang silam atau moden,
 bagi memanipulasi organik bagi memenuhi kehendak manusia. Dengan itu istilahnya
 boleh ditakrifkan sebagi, "Penggunaan pengetahuan tempatan dan/atau saintifik 
bagi pengurusan (sebahagian) mikroorganisma, atau sel dan tisu organisma
 peringkat tinggi, agar ia membekalkan barangan dan perkhidmatan bagi manusia.
Banyak orang telah bercakap - dan melabur - dalam bidang bioteknologi dengan
 harapan ubat ajaib dapat dihasilkan. Walaupun kini terdapat sebilangan kecil ubat 
mujarab, secara umumnya revolusi tidak terjadi dalam bidang farmaseutikal. Akan
 tetapi, perkembangan terbaru dalam ubat berasaskan antibodi monoklon mengesyorkan 
bahawa bioteknologi kini telah mempunyai fungsi dalam penjualan farmaseutikal.






KEJURUTERAAN GENETIK

Kejuruteraan genetik meliputi bidang penyelidikan dan pengubahsuaian genetik manusia, haiwan dan tanaman. Sudah banyak kejayaan yang dicapai oleh penyelidik-penyelidik luar negara dalam aspek ini sehingga ada yang mendapat liputan meluas media massa antarabangsa. Namun, setiap teknologi itu pasti ada kesan baik dan buruknya.

Kemungkinan aspek positif kejuruteraan genetik ini adalah kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak. Kini, sudah ada teknologi dan kaedah yang membolehkan pasangan yang sebegini mempunyai anak dengan mudah dan selamat. Kewujudan anak dalam sesuatu keluarga itu sudah pasti mampu memberikan lebih suasana ceria yang diimpikan oleh manusia. 

Malah, teknologi sebegini juga boleh membuat penyelidikan awal untuk menentukan bahawa anak yang bakal dilahirkan itu tidak mengalami sebarang kecacatan tertentu. Tindakan membuat penentuan genetik sebegini sudah pasti mampu memberikan satu ketenangan kepada ibu bapa yang bakal menerima anak dalam kehidupan mereka.

Malah, kejuruteraan genetik juga sudah mula memberi kesan positif dalam kes-kes jenayah dan sivil. Kalau dahulu pihak polis sukar untuk menahans eserang tanpa sebarang bukti yang konkrit kini masalah itu semakin menghilang kerana penggunaan teknologi ini akan memudahkan polis mengesan penjenayah. Dalam masa yang sama, penjenayah juga akan berfikir dua kali sebelum melakukan sebarang tindakan jahat kerana sedar sebarang tinggalan genetik mereka pasti mampu dikesan oleh polis dengan mudah.

Impak yang paling menarik yang dibawa oleh teknologi ini ialah industri ternakan akan mampu diperluaskan. Sudah pasti lebih banyak baka ternakan yang berkualiti tinggi mampu dihasilkan dengan mudah dan cepat. Hasil ternakan yang sebegini memberikan manusia satu sumber protein yang penting untuk memastikan keseinambungan kehidupan manusia. Penternak tidak akan mengalami sebarang masalah kritikal untuk menghasilkan hasil yang baik.

Namun, kejuruteraan genetik juga membawa impak negatif hang harus diberikan penekanan oleh masyarakat. Akan wujud golongan tertentu yang akan menggunakan teknologi ini untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama dan perundangan. Tindakan mengklonkan manusia untuk sesuatu yang berunsur negatif akan menyusahkan masyarakat. Bayangkan penjenayah mampu bertukar wajah dengan mudah lalu menyukarkan pihak polis menahan mereka daripada melakukan jenayah berulang kali.

Kesimpulannya, teknologi genetik memang baik buat manusia Cuma kita harus sedar limitasi yang wujud. Sebarang usaha menggunakan teknologi ini untuk membawa masalah kepada kehidupan manusia hendaklah diharamkan oleh kerajaan. Teknologi dihasilkan untuk memudahkan kehidupan manusia dan bukannya membawa impak negatif.

No comments:

Post a Comment