12 April 2011

Perlembagaan Persekutuan dan Hak Asasi

NOTA

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
·
Malaysia mempunyai  perlembagaan  bertulis
·
Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
·
Digubal oleh Suruhanjaya  Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India)  dan Hakim A. Hamid  (Pakistan)
·
Digubal berdasarkan 131 memorandum  yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah Melayu
·
Merupakan sebuah dokumen yang merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara
·
Mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur.
·
Dikanunkan tetapi boleh dipinda
·
Memperakukan semua undang-undang yang di gubal sebelum Hari Merdeka  dan juga undang undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sbelum Hari Malaysia.

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
·
perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
·
Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada perlembagaan
·
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan.
·
Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan akan terbatal setakat mana yang bercanggah.  

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

 Terdiri daripada 15 bahagian yang  mengandungi 183 perkara seperti yang diberikan di dalam jadual.
Bahagian
Butir-butir
Perkara
1
Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan  
Perkara 1- 4
2
Kebebasan Asasi  
Perkara 5-13
3
Kewarganegaraan  

Perkara 14-31
4
Persekutuan  
Perkara 32-69
5
Negeri-negeri  
Perkara 70-72
6
Perhubungan  antara Persekutuan dengan Negeri-negeri  
Perkara 73-95E
7
Peruntukan-peruntukan Kewangan  
Perkara 96-112D
8
Pilihan raya  
Perkara 113- 120
9
Kehakiman
Perkara 121-131A  
10
Perkhidmatan  Awam  
Perkara 132-148
11
Kuasa-kuasa Khas  Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat  
Perkara 149-151
12
Am dan Pelbagai  
Perkara 152-160
12A
Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak  
Perkara 161-161H
13
Peruntukan Sementara dan Peralihan
Perkara 162-180
14
Perkecualian  bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya  
Perkara 181
15
Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja  
Perkara 182-183

CIRI-CIRI KERAJAAN MALAYSIA
·
Jenis Kerajaan Persekutuan
·
Raja  Berperlembagaan
·
Demokrasi Berparlimen dan bercorak Westminster
·
Dwidewan
·
Ketinggian Perlembagaan

HAK ASASI WARGANEGARA
·  setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:
(a)
tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang
(b)
tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c)
Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan secepat mungkin
(d)
Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali  bagi perkhidmatan kerahan  (kerja paksa)  yang mengikut undang-undang
(e)
Berhak mendapat perlindungan undang – undang dan seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi  atas kesalahan yang sama
(f)
Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
(g)
Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya
(h)
Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan
(i)
Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
(j)
Kebebasan beragama
(k)
Kebebasan pemilikan harta  

SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI
No.
Jenis undang-undang
Ringkasan
1
Undang-undang Subversif
- kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara  
2
Undang-undang Darurat
- kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh seseorang yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan  
3
Aka Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
- seseorang boleh ditahan tidk melebihi 2 tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam negara  
4
Akta Universiti dan Kolej Universiti
- para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik.  
5
Akta  Rahsia Rasmi
- tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan  
6
Akta Mesin Cetak
- badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untujk mengungkitkan isu-isu sensitif yan boleh mengancam keselamatan negara.  
7
Akta Hasutan
- rakyat dilarang menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan kewarganegaraan.  
8
Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak
- berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment