14 November 2009

JUJUR ATAU BERPURA-PURA

KEBENARAN ATAU MENJAGA HATI

Seringkali pentafsiran atau pentaksiran yang terlalu analitikal menjadi perbalahan. Dan ini mengundang kepada satu permasalahan. Contohnya ialah jika kita bercakap benar seperti menyatakan bahawa masakan itu tidak sedap, maka tukang masak, atau pengurusan tukang masak atau penaja makanan kita atau sesiapa yang terlibat secara langsung dalam penyediaannya akan terasa atau benrkecil hati.  Sedangkan kita bercakap benar. Tapi bila kita mengatakan sedap, walhal ianya tak sedap, mereka gembira.  Kebenaran selalu menjadi senjata pergaduhan. Mengapa mereka sukar menerima kebenaran. Sebab berkata sesuatu yang tak benar adalah fitnah. Atau mungkin yang berkata itu tersilap...

1 comment:

  1. Itulah budaya di Malaysia.. Budaya yang telah dipusakai sejak zaman berzaman... Aku tak fikir ini adalah agenda penjajah. Sebaliknya sememangnya budaya Melayu kuno... Sukar menerima teguran secara terbuka... Kalau nak tegur dengan penuh berhemah... Macam pepatah ada menyebut..Macam menarik rambut dalam tepung... Rambut tak putus, tepung tak berserak.. Entahlah...

    ReplyDelete