18 July 2011

Latihan Bahagian D (Graf)

Latihan Bahagian  D

Berdasarkan butiran dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kematian dan kadar kematian kasar bagi tahun 2005 hingga awal tahun 2007.

Dari sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah kematian dari tahun 2005 hingga awal tahun 2007 menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2005, jumlah kematian adalah seramai 113.6 ribu orang dan bertambah sebanyak 1.4 ribu orang pada tahun 2006 dan meningkat lagi sebanyak 1.7 ribu orang tahun berikutnya.

Kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di Malaysia telah menunjukkan jumlah angka kematian yang paling banyak berbanding kaum lain, sebagai contohnya pada tahun 2005, 59.9 ribu orang kematian telah dicatat dengan kadar kasarnya 4.6%. Jumlah ini kemudiannya bertambah kepada 61.0 ribu orang pada tahun 2006 manakala kadar kematian kasarnya berkurang sebanyak 0.1% pada tahun yang sama. Pada awal tahun 2007 bilangan kematian kaum Melayu bertambahsebanyak 900 orangdengan kadar kematiannya adalah malar.

Pada tahun 2005 dan 2006, jumlah kematian kaum Cina menunjukkan bilangan dan kadar kematian kasar yang malar iaitu seramai 31.1 ribu orang dengan kadar kematian kasarnya 5.1%, tetapi pada awal tahun 2007 bilangn kematian kaum Cina bertambah sebanyak 700 orang dan kadar kematian kasarnya masih lagi sama dengan tahun-tahun sebelumnya.

Sungguhpun kaum India menunjukkan jumlah kematian yang agak kecil tetapi kadar kematian kasarnya tinggi berbanding kaum lain. Pada tahun 2005 bilangan kematian bagi kaum India adalah seramai 9,300 orang dengan kadar kematian kasarnya 1.5%. Angka kematian dan kadar kematian kasarnya terus meningkat kepada angka yang sama bagi tahun 2006 dan awal 2007 iaitu 9,400 orang dengan peningkatan kadar kematian kasarnya sebanyak 0.1%.

Pada tahun 2006 bilangan kematian bagi kaum bumiputera Sabah dan Sarawak adalah seramai  9.8 ribu orang dengan kadar kematian kasarnya adalah 3.4%. Angka kematian ini sebenarnya adalah lebih tinggi sebanyak  0.2 ribu orang berbanding tahun 2005 walaupun kadar kematian kasarnya adalah sama. Pada awal tahun 2007 jumlah kematian adalah melebihi sebanyak 0.3 ribu orang dan kadar kematian kasarnya juga meningkat sebanyak 0.1%.

Jumlah kematian bagi warga asing menunjukkan anga yang sama bagi tempoh 2005-2006 iaitu seramai 3,700 orang dan berkurangan sebanyak 100 orang pada awal tahun 2007. Kadar kematian kasarnya untuk tahun 2005 dan 2006 ialah 2.1% dan awal tahun 2007 ialah 2.0%. Perubahan bilangaan kematian warga asing adalah disebabkan dasar yang dilaksanakan di mana kerajaan kita mengurangkan pengambilan warga asing sejak beberapa tahun lepas.

Kesimpulannya dapat di lihat bahawa, jumlah kematian adalah meningkat pada setiap tahun. Diharapkan dengan kemajuan dalam bidang perubatan sekarang ini, jumlah kematian penduduk Malaysia dapat dikurangkan.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007)

No comments:

Post a Comment