10 November 2011

Skema Bahagian A:
1.            Kenaikan harga minyak mentah dunia meninggalkan kesan kepada pengguna dan kerajaan. Oleh itu, kerajaan perlu melaksanakan pelbagai langkah untuk menanganinya. Bincangkan.

Pengenalan
Minyak merupakan sumber penting dalam setiap aktiviti dan kenaikan harga minyak telah menjadi beban yang amat besar kepada setiap sektor ekonomi. Kenaikan harga minyak secara mendadak telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna, ahli-ahli perniagaan serta barisan pemimpin negara.

Bil
Idea
Huraian Idea
1.
A: Kesan kenaikan
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan


·         Harga barang dan perkhidmatan akan meningkat kerana minyak adalah kos perantaraan dalam semua proses pengeluaran dan penghantaran
·         Pengeluar akan mengalihkan beban yang ditanggung kepada pengguna dan apabila kos pengeluaran meningkat, maka harga barang akan dinaikkan untuk mengurangkan tanggungan pengeluar.
·         Kuasa beli pengguna akan berkurangan dan menyebabkan taraf hidup menjadi rendah
·         Kadar inflasi bertambah apabila harga minyak meningkat
2
Pelaburan akan menurun/kegiatan ekonomi terjejas
·         Kos pengeluaran meningkat dan kos import bahan mentah lebih tinggi.
·         Pengguna mengamalkan sifat jimat cermat telah mengurangkan permintaan barang pasaran.
·         Kadar faedah pinjaman meningkat menyebabkan pelabur akan menabung untuk mendapatkan pulangan yang tinggi dan mengurangkan risiko pelaburan
3
Kadar pengangguran yang tinggi
·         Peningkatan kos pengeluaran dan inflasi menyebabkan permintaan yang  rendah terhadap barangan dan perkhidmatan, firma mengurangkan pengeluaran .
·         Pertumbuhan ekonomi yang lembap menyebabkan peluang pekerjaan berkurangan.
4
Beban hutang negara meningkat
·         Kegiatan ekonomi yang lembap akan mengurangkan hasil negara.
·         Peruntukan subsidi yang tinggi untuk mengelakkan inflasi meningkatkan perbelanjaan kerajaan. 
·         Negara terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi.
·         Hasil kerajaan menurun dan rakyat terpaksa menanggung pelbagai cukai seperti cukai perkhidmatan bagi menanggung kos pembangunan           
5
B: Langkah Kerajaan
Pengurangan cukai

·         Kerajaan boleh mengurangkan cukai untuk merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara
·         Cukai yang dikurangkan akan meningkatkan kuasa beli dan permintaan pengguna. Keadaan ini akan meningkatkan penawaran firma dan seterusnya dapat mengawal pengangguran
Contohnya: cukai jualan, cukai jalan, cukai perkhidmatan dll
6
Penguatkuasaan undang-undang
·         Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu memantau secara konsisten peniaga-peniaga yang menaikkan harga barang dan perkhidmatan dengan sewenang-wenangnya.
·         Denda yang maksimum perlu dikenakan terhadap peniaga yang gagal mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian yang terbabit.
7
Subsidi / Insentif
·         Peruntukan subsidi pembelian diesel kepada nelayan bagi mengurangkan tanggungan.
·         Kereta negara asing hanya boleh membeli minyak Ron 97 dan harganya berubah mengikut harga pasaran. Manakala minyak Ron 95 diberi subsidi dan harganya lebih stabil.
·         Menggalakkan penggunaan NGV(Natural gas vehicles) pada paras 50% lebih rendah daripada harga pam petrol.
8
Memperbaiki sistem pengangkutan awam
·         Peruntukkan disalurkan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam contohnya laluan monorel, LRT, bas awam, bas ekspres, komuter dll, lorong-lorong bas dan teksi diperbanyakkan di semua rangkaian jalan raya.
·         Mengemaskan jadual sistem pangangkutan awam.
·         Laluan pengangkutan awam diintegrasikan antara satu sama lain untuk kesenangan pengguna dan menggelakkan kesesakan jalan raya.
8
Kempen berjimat
·         Kempen kongsi kereta, guna pengangkutan awam dan jimat dalam berbelanja.
·         Mendidik pengguna menjadi pembeli yang bijak dan hanya membeli setelah dibuat analisis. Contohnya , membeli di Kedai Rakyat 1 Malaysia
·         Pihak kerajaan - program atau projek pembangunan dirancang secara berhemah serta teliti untuk mengelakkan sebarang pembaziran yang tidak perlu dan memaksimumkan wang hasil penjimatan subsidi contohnya penggunaan elektrik dan kegiatan rasuah.

Kesimpulan:
Kenaikan harga minyak merupakan satu masalah sejagat yang perlu ditangani oleh semua pihak di negara ini. Oleh itu semua pengguna, ahli perniagaan dan pembuat dasar negara perlu berganding bahu untuk memastikan usaha-usaha murni kerajaan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pilih jawapan : 2 + 2

2.      Pembangunan bandar bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan terjejasnya warisan negara. Bincangkan
Pengenalan:
Warisan negara boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti alam semula jadi , bangunan, monumen, kesenian , adat resam , tradisi yang diturunkan oleh generasi terdahulu kepada generasi kini.
Bil
Idea
Huraian Idea
1
Idea wajib
Pembangunan Bandar


·         Memusnahkan nilai-nilai sejarah yang terdapat di sesebuah lokasi.
·         Misalnya Bandar Melaka dan Georgetown – bangunan-bangunan bersejarah seperti kota A Farmosa, dan bangunan yang memaparkan seni bina yang unik didapati mengalami kerosakan fizikal disebabkan oleh pembangunan di sekitar bandar 
·         Memusnah monumen bersejarah dan batu-batu bersurat.
2
Idea-idea Lain
Media massa

·         Membawa masuk pengaruh barat seperti seni muzik, gaya berpakaian , budaya hidup
·         internet membawa masuk nilai barat terus ke rumah
·         menjejaskan budaya sedia ada.
3
Peperangan / Pergolakan politik
·         Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua- banyak bangunan bersejarah musnah
·         harta benda/ budaya Jepun musnah dalam pengeboman Hiroshima dan Nagasaki.
·         Pergolakan politik juga memusnahan bangunan bersejarah dan warisan seni. Contohnya rusuhan atau kekacauan yang berlaku di Mesir, Iraq.
4
Lunturnya jati diri masyarakat
·         Tiada kesedaran dan penghayatan tentang pentingnya meneruskan warisan seni budaya bangsa
·         Terikut-ikut dengan budaya barat.
5
Kurangnya aktiviti memelihara dan memulihara/
pemupukan/pengekalan/penghayatan
·         Bangunan bersejarah perlu dipulihara
·          Terjejas sekiranya tidak dipulihara
·         Budaya bangsa perlu dipupuk/diperkenalkan/ dipertontonkan.
6
Gaya hidup masyarakat hari ini
·         Sibuk bekerja, tiada masa, individualistik,materialistik.
·          Nilai warisan tidak penting kerana kurang memberi pulangan kepada mereka.
·         Nilai estetika /sejarah/seni seperti Makyong, Menora, Bangsawan, Boria, Seni Ukur, Seni Khat, Seni Tekat kurang penting kepada mereka.
1+3
7
Kelemahan penguatkuasaan undang-undang/peraturan
·         Akta Perlindungan dan Penyelamatan Warisan Semula Jadi sukar dilaksanakan.
·          Kerap kali kawasan warisan semula jadi diceroboh kerana kawasan luas dan kurangnya penguatkuasaan undang-undang.
SKEMA BAHAGIAN B:
Teknonogi robot memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Bincangkan.
Pengenalan
Kini teknologi robot semakin umum digunakan dan perananya juga bertambah penting. Manusia semakin memerlukan teknologi robot dalam menjalankan tugasnya

idea
Huraian
1.
Bidang Perindustrian
·         Robot dapat meningkatkan kualiti kerja.
·         Contohnya: mengangkat objek berat, penyemburan cat, memegang bahan kimia, pemasangan kereta dan kimpalan.
·         Robot tidak mempunyai perasaan jemu, letih, atau bosan seperti manusia.
·         Robot menjalankan kerja tanpa pengaruh emosi dan keletihan fizikal.
·         Tegasnya, produktiviti akan meningkat dengan bantuan robot. 
2.
Bidang Perubatan
·         Pembedahan organ-organ kecil dalam badan perlukan gerakan yang halus.
·         Sebarang kesilapan tangan doctor  bedah akan membawa padah.
·         Mengurangkan risiko maut, robot dicipta untuk menjalankan pembedahan halus dalam pesakit.
·         Robot dikendalikan oleh doctor bedah
3.
Bidang Penyelidikan dan Pembangunan
·         Dalam bidang penerokaan angkasa lepas, robot digunakan untuk  mengumpulkan maklumat.
·         Dalam penyelidikan laser dan nuclear, robot juga digunakan.
·         Robot sesuai digunakan untuk penyelidikan yang memerlukan tindakan yang berulang-ulang misalnya untuk membuka dan menutup pintu kereta tanpa henti di kilang kereta
4.
Bidang Pertahanan
·         Membantu anggota bomba/polis untuk menyelamatkan mangsa kebakaran.
·         Penting untuk pengesanan bom.
·         Pemusnahan bom dijalankan oleh robot khas.
·         Robot menggantikan manusia dalam operasi merbahaya
5.
Peralatan gantian anggota badan
·         Tangan dan kaki palsu yang berteknologi robot dihasilkan untuk orang cacat.
·         Ia berfungsi mengikut kehendak pemakainya.
·         Robot Meldog pula dapat membantu golong buta.
·         Robot dapat mengesan kawasan sekitarnya.
·         Memudahkan orang buta bergerak.
4+0
6.
Berfungsi sebagai pembantu rumah
·         Bersifat humunoid, boleh menggantikan tugas pembantu rumah.
·         Sebagai contoh Negara Jepun robot Twendy One membuat kerja rumah dengan jari dan tangan lembut dan boleh mengenggam seperti manusia
4.  Timbalan Presiden Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan krisis makanan peringkat global pada masa kini semakin serius. Demi mengatasi masalah ini, pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) amat berkesan. Jelaskan pernyataan di atas.

Pendahuluan :
Bahan makanan asas bijirin merupakan makanan utama manusia seperti gandum, barli, jagung,padi dan sebagainya. Makanan ini penting untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan daya antibodi bagi menjamin tahap kesihatan yang sempurna.

Bil
Idea
Huraian

1.
Punca
Perubahan iklim / pemanasan global

-       Peningkatan suhu atau kemarau akibat penipisan lapisan ozon akan menjejaskan hasil tanaman/ternakan. Kawasan pertanian menjadi kering kontang, kandungan air dalam tumbuhan berkurangan dan menjejaskan proses fotosintesis.
-       Suhu kian meningkat menyebabkan agen pendebungaan gembur tanah dan tanaman tidak aktif membiak.
-       Paras air meningkat mengancam habitat daratan dan lautan.
             Cth :  fenomena El-Nino, La-Nina
2.
Bencana Alam
-       Bencana seperti letupan gunung berapi,Tsunami, gempa bumi, banjir lumpur dan taufan.
-       Seterusnya menyebabkan kejadian tanah runtuh dan musnahnya kawasan pertanian, ternakan dan hidupan air.
-       Ternakan juga akan diancam penyakit berjangkit kesan dari bencana alam yang berlaku.
-       Cth: Acheh, Indonesia, Australia

3.
Pencemaran alam sekitar
-    Jerebu akan menyebabkan daun-daun tanaman   dilapisi debu-debu dan parikel-parikel halus yang akan mengganggu proses fotosintesis. Pertumbuhan akan terbantut dan hasil tanaman tidak berkualiti.
-     Bahan kimia yang bertoksid akan merosakkan struktur tanah,ph tanah menjadi berasid dan kurang nutrien. Air tercemar mengganggu proses rantaian makanan dalam akuatik, bekalan gas oksigen berkurangan.
-     Pencemaran air/ tanah menyebabkan tumbesaran tanaman/ ternakan terjejas.
-     Hasil yang dikeluarkan sedikit dan tidak berkualiti.
4.
Ancaman penyakit
-       Penyakit hawar, kuku dan mulut, kutu beruang, selesema burung dan lain-lain.
-       Haiwan ternakan akan dihapuskan jika dikenalpasti ada jangkitan penyakit. Contoh : Haiwan ternakan di negara Jerman dan Jepun.
-       Sesetengah penyakit mudah merebak jika tiada tindakan penghapusan haiwan ternakan dilakukan.
5.
Sebagai bahan api bio

-       mempelbagaikan sumber tenaga, terutamanya meneroka potensi penghasilan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui.
-       Padi/ jagung/kacang soya sebagai bahan bakar.
-       Minyak kelapa sawit menghasilkan tenaga –biodiesel
-       Nilai komersial lebih tinggi dan menguntungkan berbanding dijadikan produk makanan.



6

Sumbangan Penyelidikan Dan Pembangunan
Penciptaan peralatan/ teknologi moden



-       Pelbagai peralatan dan teknologi baru diperkenalkan bagi menghasilkan/ memasar/ menyimpan makanan.
-       Nanoteknologi menawarkan pelbagai alternatif daripada peringkat kaedah penanaman hinggalah ke peringkat sistem pemprosesan makanan.
-       Penggunaan baja zarah-nano, bahan penggalak zarah-nano bagi daun dan buah bagi meningkatkan hasil pertanian.
-       Teknologi pembungkusan makanan menggunakan bahan nanoteknologi misalnya bahan pembungkus makanan yang boleh memanjangkan jangka hayat makanan, mengekalkan kesegaran hasil pertanian
7
Penciptaan benih/ baka baru-Bioteknologi
-       Kaedah kejuruteraan genetik mengkacukan gen-gen yang baik untuk menghasilkan baka baru yang lebih berkualiti.
-       Teknik kultur in vitro memendekkan tempoh matang di mana pokok klonan membesar dan berbuah dalam jangka masa yang lebih pendek berbanding dengan biji benih seterusnya meningkatkan hasil tuaian
-       Contoh : Telur LTK Omega 3 yang dihasilkan
mengandungi lebih banyak asid lemak tak tepu omega-3 dan kandungan vitamin berbanding dengan
telur biasa.
8.
Penemuan kaedah/ teknik terkini
-      Penternakan ikan dalam kanvas mampu menyifarkan risiko kematian ikan.
-       Ini  kerana rawatan air memastikan sumber air jernih dan sesuai untuk penternakan ikan serta tidak dicemari bakteria.
-       Penemuan ciptaan baja organik  dapat memberikan hasil tanaman yang lebih bermutu terutama bagi penghasilan buah-buahan yang tidak mengandungi biji.
-       Hidroponik, akuakultur,  airponikteknik kultur sel

Skema 2 + 2
Bahagian C
5        a (i) Bagaimanakah kreativiti, invensyen dan inovasi dapat dipupuk?
 Penekanan kepada ilmu eksplisit dan ilmu tasit.

       Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan rasional
       mata pelajaran kreativiti dan inovasi perlu diperkenalkan di peringkat sekolah.

Bil
Idea
Huraian
1.
Kurangnya budaya kreativiti, invensyen dan inovasi
masyarakat pencipta / berkebolehan invensif dan inovatif masih kurang / belum mencukupi

2.
Masih ketinggalan berbanding negara-negara maju
-Tahap inovasi dan kreativiti yang masih rendah.
-Negara-negara maju mengutamakan kajian dan   
 penyelidikan. Cthnya negara Jepun, Korea Selatan.
Masyarakat kita suka meniru.
3.
Kurang  individu / masyarakat yang berdaya saing
-Kurang berdaya saing pada peringkat nasional dan  antarabangsa
4.
Tabiat / sikap
-Tiada minat untuk mencipta
-Malas dan sikap sambil lewa / ambil mudah
-Tidak proaktif
5.
Kekurangan pakar
-Tenaga pakar masih kurang dalam kebanyakan bidang-bidang utama.
-Terlalu bergantung kepada kepakaran asing

5 (b) (i)   Apakah takrif mudah bagi perpustakaan ?
              Perpustakaan merupakan gedung ilmu pengetahuan.

        (ii)Dengan menggunakan tidak lebih 50 patah perkataan, jelaskan apakah cabaran yang
      dihadapi oleh sesebuah perpustakaan pada masa kini.
Bil
Idea
Huraian
1.
Perkembangan teknologi
-Pihak kerajaan kurang keupayaan untuk menyediaan perpuatakaan yang mempunyai aplikasi digital secara menyeluruh.
-kurang kemudahan ICT
2.
Pengurusan lemah
-Tidak melengkapkan bahan bacaan yang pelbagai dan terkini
-Susunatur yang tidak  sistematik dan tidak mesra pembaca
-Tidak berusaha menarik perhatian orang awam
-Kurang bahan yang sesuai dengan cita rasa remaja
3.
Sikap masyarakat
-Kurang sambutan daripada golongan muda, hanya
golongan tua/ hanya golongan pelajar yang mengunjunginya.
-Tidak minat membaca buku, lebih suka membaca melalui media lain  
4.
Peruntukan kewangan
-Tiada dana untuk membuat pembaharuan dan pembaikan terutamanya kawasan pedalaman
5.
Lokasi/Bilangan penduduk
Bukan semua kawasan pedalaman mempunyai kemudahan perpustakaan dengan infrastruktur yang baik. Tempat yang kurang penduduk sukar mendapat kemudahan yang baik
6 a       (i)        Jelaskan ciri-ciri yang terdapat pada gelatin.
                        Tidak mempunyai bau, rasa dan warna serta mudah larut.

(ii)               Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, kemukakan
Kegunaan gelatin dalam kehidupan seharian.

Bil
Idea
Huraian
1.
Memberi tekstur
Stuktur yang baik kepada makanan
2.
Memudahkan makanan di bentuk
Dapat menghasilkan pelbagai bentuk makanan
3.
Menambahkan kelazatan
menjadikan makanan lebih sedap, lebih enak
4.
Digunakan dalam bidang perubatan
Menghasilkan kapsul untuk mengisi ubat, kurangkan pendarahan dan merawat masalah penghadaman
5.
Menghasikkan kertas yang berkualiti
Tegar dan tahan lama

6        b(i)   Apakah yang anda faham mengenai kaedah tanaman fertigasi?
   Kaedah tanaman fertigasi merupakan pembajaan yang dilakukan serentak dengan irigasi.(2m) atau kaedah penanaman yang memerlukan baja dalam bentuk larutan dan sistem pengairan. (2m)
         Fertigasi ditakrifkan sebagai kaedah penanaman yang memerlukan baja dalam bentuk larutan diagihkan ke zon perakaran tanaman melalui sistem perairan.(1m)
(i)                 Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan kebaikan teknologi pertanian persekitaran terkawal.
Bil
Idea
Huraian
1.
Membolehkan tanaman beriklim ditanam
Teknologi ini membantu petani menanam tanaman yang beriklim subtropika seperti anggur, cili, tomato, timun Jepun.
2.
Membekalkan air dan nutrien yang cukup
Tanaman mendapat nutrient mengikut  kehendak tanaman berdasarkan jenis dan peringkat tanaman.
Meningkatkan hasil pengeluaran
3.
Suhu persekitaran tanaman terkawal
Dapat mengawal suhu, kelembapan dan gas karbon dioksida dan berupaya mengeluarkan hasil yang optimum
4.
Mengurangkan risiko penyakit
Tumbuhan tidak mudah diserang oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat kerana mempunyai nutrient yang mencukupi
Hasil lebih berkualiti
5.
Mengurangkan penggunaan racun tanaman
Masalah rumpai yang rendah
6.
Penggunaan baja
Penggunaan baja yang sesuai dalam kuantiti yang tepat contoh Paconil, Confidor, Atonik dan Bavislin
Bahagian D
7.         Berdasarkan maklumat dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai untuk menunjukkan nilai eksport barangan pembuatan dalam negara dan negara-negara pengimport bagi tahun 2007.
Kerajaan telah menggalakkan kemasukan pelabur asing (FDI) dan telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi. Langkah ini berjaya meningkatkan jumlah keseluruhan eksport barangan pembuatan pada tahun 2007 dan menunjukkan trend peningkatan, iaitu pertambahan sebanyak RM 5 621 juta berbanding tahun  sebelumnya yang hanya mencatatkan nilai eksport sebanyak RM 306 108 juta.
 Pada tahun 2007, barangan elektronik dan perkakasan elektrik merupakan  produk pengeluaran yang tertinggi dan telah menyumbangkan nilai eksport yang  besar, iaitu mencecah RM 118 271 juta atau 37.94%. Peningkatan eksport barangan ini merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara.
Permintaan terhadap produk kimia dan plastik juga  agak memberangsangkan bagi tahun 2007. Produk ini telah mendapat permintaan yang agak tinggi dan nilai eksportnya mencapai RM 61 477 juta, iaitu meningkat sebanyak RM 345 juta berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan jentera dan kelengkapan pengangkutan yang mengalami peningkatan agak ketara, iaitu pertambahan sebanyak RM 11 253 juta berbanding tahun sebelumnya yang hanya mencecah RM 37 134 juta.
Eksport barangan  tekstil, pakaian dan kasut pada tahun 2007 pula mengalami kemerosotan hampir 2.68% berbanding tahun sebelumnya dan menjadikan peratusan eksport  sebanyak 3.41% daripada jumlah keseluruhan. Eksport produk getah pula mencatatkan nilai eksport lebih rendah sedikit berbanding eksport tekstil, pakaian dan kasut, iaitu  perbezaan hanya sebanyak RM 49 juta.
Sementara itu, produk kayu juga merupakan antara pengeluaran utama negara dan mendapat permintaan yang tinggi. Nilai eksport produk kayu pada tahun 2007 ialah sebanyak RM 14 390 juta atau 4.62%. Walau bagaimanapun, nilai eksport produk ini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan eksport barangan elektronik dan perkakasan elektrik, manakala baki selebihnya pula melibatkan eksport barangan pembuatan lain.
Destinasi eksport pula lebih tertumpu ke negara-negara Barat,  Asean, dan Asia. Jepun merupakan negara pengimport yang terbesar, iaitu sebanyak RM 84 609 juta dan diikuti oleh negara Amerika Syarikat dengan nilai sebanyak RM 76 923 juta. Import di kalangan Negara-negara Asean pula hampir separuh daripada eksport ke Jepun dan mencatatkan nilai sebanyak RM 42 270 juta atau 13.56%. United Kingdom pula mengimport kurang sebanyak RM 1 034 juta berbanding Amerika Syarikat, manakala baki selebihnya dieksport ke lain-lain negara.
Peningkatan eksport ini menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam  mengurangkan imbangan perdagangan dan pada masa yang sama meningkatkan pendapatan negara.
Sumber : (Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi 2007/2008,
Kementerian Kewangan Malaysia)
Jawapan : Carta Pai Bertingkat

Malaysia : Nilai Eksport Barangan Pembuatan dalam Negara dan Negara-negara Pengimport bagi Tahun 2007
Barangan Pembuatan
Jumlah
(RM Juta)
Peratus
Sudut/
Tinggi
Negara-negara Pengimport
Jumlah
(RM juta)
Peratus/sudut/
Tinggi
Elektronik dan  perkakasan elektrik
118 271
37.94
136.6/3.8cm
Jepun
84 609
27.14/ 97.7/2.7cm
Produk kimia dan plastik
61 477
19.72
71.0/2.0cm
Amerika Syarikat
76 923
24.68/ 88.9/ 2.5cm
Jentera dan kelengkapan pengangkutan
48 387
15.52
55.9/1.6cm
Asean
42 270
13.56/ 48.8/1.4cm
Tekstil, pakaian dan kasut
10 630
3.41
12.3/0.3cm
United Kingdom
75 889
24.34/ 87.6/ 2.4cm
Produk getah
10 581
3.39
12.2/0.3cm
Lain-lain Negara
32 038
10.28/ 37.0/1.0cm
Produk kayu
14 390
4.62
16.6/0.5cm



Barangan pembuatan lain
47 993
15.40
55.4/1.5cm



Jumlah
311 729
100
360/10cm
Jumlah
311 729
100/ 360/10cm
  Sumber : (Dipetik dan diubahsuai daripada
Laporan Ekonomi 2007/2008,
Kementerian Kewangan Malaysia)

8.  Berdasarkan petikan di bawah , lukiskan graf yang sesuai bagi menunjukkan aliran jumlah perbelanjaan mengurus di Malaysia mengikut sektor bagi tahun 2002 hingga 2005.
Perbelanjaan mengurus kerajaan Malaysia bertambah setiap tahun selepas keperluan penduduk yang semakin meningkat. Namun, kerana langkah penjimatan perbelanjaan mengurus pada tahun 2005, perbelanjaan ini telah menurun berbanding tahun sebelumnya. Walaupun perbelanjaan tersebut berjumlah RM 89 141 juta meningkat sebanyak RM 20 442 juta berbanding tahun 2002.
            Perbelanjaan untuk keselamatan meningkat setiap tahun dengan peningkatan yang paling ketara pada tahun 2005 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Keselamatan merupakan suatu sektor yang tidak boleh dipandang ringan. Ini menyebabkan kerajaan menambah perbelanjaan sebanyak RM 3171 juta pada tahun 2005 menjadi RM 12 200 juta berbanding dengan tahun 2002. Tahun 2003 dan 2004 juga turut meningkat masing-masing mencapai ke angka RM 10 407 juta dan RM 11 827 juta.
            Sektor yang menjaga kebajikan rakyat turut diberi perhatian oleh kerajaan iaitu sektor perkhidmatan sosial. Pada tahun 2002, perbelanjaan sektor ini ialah RM 24 799 juta meningkat kepada RM 28 707 juta pada tahun berikutnya. Pada tahun 2005, jumlahnya meningkat sebanyak RM 3029 juta berbanding tahun 2003. Pada tahun 2004, jumlahnya mencecah RM 31 226 juta berbanding jumlah perbelanjaan mengurus tahun tersebut yang bernilai RM 91 524 juta.
            Perbelanjaan sektor perkhidmatan ekonomi mengalami perubahan yang tidak stabil dalam tempoh berkenaan. Pada tahun 2003, jumlah perbelanjaan sebanyak RM 6467 juta daripada keseluruhan perbelanjaan tahun berkenaan yang berjumlah
RM 75 224 juta . Pada tahun 2004 meningkat sedikit kepada RM 7419 juta namun menurun sebanyak RM 114 juta pada tahun berikutnya. Perbelanjaan pada tahun 2002 ialah RM 6015 juta.
            Bagi memantapkan pentadbiran am , perbelanjaan sektor berkenaan juga turut meningkat dari tahun 2002 hingga 2004. Pada tahun 2002, jumlah perbelanjaan sebanyak RM 8275 juta dan meningkat sebanyak RM 178 juta pada tahun berikutnya. Keperluan pemodenan dan kecekapan dalam pentadbiran pada tahun 2004 ditambah lagi menjadi RM 8146 juta . Namun pada tahun 2005, perbelanjaan ini menurun sedikit kepada RM 7383 juta.
            Perbelanjaan dalam sektor-sektor lain juga menunjukkan keadaan tidak stabil kerana telah berlaku peningkatan pada tahun 2003 dan 2004 , namun menurun pada tahun 2005. Perbelanjaan pada tahun 2005 meningkat sebanyak RM 9936 juta berbanding RM 20 581 juta pada tahun 2002.
    ( Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia 2005 )


SKEMA JAWAPAN – GRAF GARIS KOMPONEN
Jadual:
MALAYSIA : ALIRAN JUMLAH PERBELANJAAN MENGURUS MENGIKUT SEKTOR BAGI TAHUN 2002 HINGGA 2005
Tahun

Sektor

Jumlah Perbelanjaan Mengurus (RM Juta)
2002
2003
2004
2005
Keselamatan
9029
10407
11827
12200
Perkhidmatan sosial
24799
28707
31226
31736
Perkhidmatan Ekonomi
6015
6467
7419
7305
Pentadbiran Am
8275
8453
8146
7383
Lain-lain
20 581
21190
32906
30517
Jumlah
68 699
75 224
91524
89141
                                                                                     ( Dipetik dan diubahsuai daripada
Jabatan Perangkaan Malaysia 2005





Bahagian E
9.         Berdasarkan jadual, huraikan  pola kedatangan pekerja asing mengikut negara asal di Malaysia antara tahun 2000 hingga 2002 dan jelaskan implikasi sekiranya kemasukan mereka tidak dikawal.
Malaysia: Pekerja Asing Mengikut Negara Asal Antara Tahun 2000 hingga 2002

Tahun
Negara Asal
2000
(orang)
2001
(orang)
2002
(orang)
Thailand
2571
2491
1886
Indonesia
9889
11118
11422
Bangladesh
8574
7854
7598
Filipina
9959
1505
1003
Vietnam
2489
1789
1529
Jumlah
33482
24767
23438
  (Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
 Kementerian Dalam  Negeri, 2006)

SKEMA JAWAPAN NO.9:
IDEA
HURAIAN
   Pola perubahan
1. Jumlah keseluruhan – Pola   penurunan

·     -  2000 (33482 orang), 2001 ( 24767 orang),
·     2002   (23438 orang).
·         -  Menurun sebanyak 10044  orang
·         -  Peratus penurunan    30 %
2. Pola peningkatan
  • Indonesia
      

·         -  2000 ( 9889 orang), 2001 (11118 orang),
·            2002 (11422 orang).
·         -  Meningkat sebanyak 1533 orang
·         -  Peratus peningkatan 15.5 %
3. Pola penurunan
(Cnth Thailand)
  • Thailand
  • Bangladesh
  • Filipina
  • Vietnam
·         -  2000 (2571 orang), 2001 (2491 orang),
·         2002 (1886 orang).
·         -  Menurun sebanyak  685 orang
·         -  Peratus penurunan   26.64 %
   Pola Perbandingan
1.  Tahun 2000
·         -  Tertinggi –  Filipina (9959 orang) berbanding jumlah keseluruhan (33 482 orang).  Peratus
·         ( 29.74 %).
·         -  Terendah –  Vietnam(2489 orang) berbanding jumlah keseluruhan.  Peratus (7.43 %).
·         -  Sederhana –  Bangladesh (8574 orang ) berbanding jumlah keseluruhan.  Peratus ( 25.6 %).
2.  Tahun 2001
-  Tertinggi –   Indonesia(11118 orang) berbanding jumlah keseluruhan ( 24 767 orang).  Peratus
( 44.89 %).
-  Terendah –  Filipina (1505 orang) berbanding jumlah keseluruhan.  Peratus ( 6.08 %).
-  Sederhana –  Bangladesh (7854  orang ) berbanding jumlah keseluruhan.  Peratus ( 31.71 %).
3.  Tahun 2002
 -  Tertinggi – Indonesia (11422 orang) berbanding jumlah keseluruhan (23438 orang).  Peratus
(48.73 %).
-  Terendah –  Filipina (1003 orang) berbanding jumlah keseluruhan.  Peratus (4.28 %).
-  Sederhana –  Thailand (1886 orang ) berbanding jumlah keseluruhan.  Peratus ( 8.05 %).
Implikasi :
  1. Masalah sosial seperti samun, merompak, pergaduhan  dan sebagainya.
  2. Persaingan kerja dengan warga tempatan
  3. Pengaliran wang keluar.

 Skema :  2+ 1 + 1      = 4
Huraian           = 4 x 2 = 8
Bahasa              = 1
Rumusan         = 2
Markah            = 15



















10.       Berdasarkan Rajah 1 di bawah, huraikan kepentingan susu ibu kepada ibu, anak dan juga dari segi sosioekonomi.

                  Rajah : Kepentingan Susu Ibu Kepada Anak dan Sosioekonomi


SOSIOEKONOMI
Kurangkan berat badan
Jarakkan kehamilan
Mengecutkan rahim dan risiko pendarahan
Makanan terbaik dan terjamin mutunya
Melindungi dari jangkitan, alahan dan penyakit
Imunisasi pertama
Keluarga Penyayang
Jimat
Text Box: SUSU IBUText Box: IBUText Box: ANAK 
















                                                                                    ( Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

















SKEMA JAWAPAN NO. 10:
Bil
Isi
Huraian
A Kepentingan kepada ibu
1
Kurangkan berat badan
-          Zat makanan yang dimakan oleh ibu turut dikongsi bersama anak
2
Jarakkan kehamilan
-          Menghentikan haid dalam tempoh yang agak lama
3
Mengecutkan rahim dan risiko pendarahan
-          Menggalakkan pengeluran hormon oksitosin
-          Membantu mengecutkan rahim
B Kepentingan kepada anak
4
Imunisasi pertama
-          Mengandungi kolustrum yang tinggi kandungan antibodi
5
Melindungi dari jangkitan, alahan, pnyakit
-          Kurangkan cirit birit dan selesema
-          Mengurangkan risiko athma
-          Mengurangkan risiko penyakit polio, tetamus, dan kurang zat makanan
6
Makanan terbaik dan terjamin mutunya
-          Tiada bahan kimia
-          Tidak terdedah kepada risiko bahan pencemar
C Kepentingan dari segi sosioekonomi
7
Jimat
-          Tidak perlu membeli susu formula
-          Wang dapat digunakan untuk perbelanjaan lain
8
Keluarga penyayang
-          Bayi rasa selamat dan dikasihi dalam pangkuan ibu
-          Eratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak

Nota:    Calon mesti menyatakan dengan jelas  kepentingan susu ibu  kepada ibu, anak dan sosioekonomi. Jika tidak dinyatakan isi tidak relevan.
Skema:  1 + 1 +1 dan mana-mana 1 isi yang lain.



  

No comments:

Post a Comment