09 January 2014


KAJIAN KES : PENGURUSAN BERKESAN

 

Southwest Airlines merupakan sebuah syarikat U.S yang efektif dan telah berjaya memperolehi untung yang konsisten setiap tahun semenjak ia ditubuhkan pada tahun 1967. Jabatan Pengangkutan U.S. telah mengumumkan bahawa Southwest Airlines merupakan sebuah syarikat yang dominan di dalam pasaran pengangkutan udara dan berjaya membawa perubahan kepada keseluruhan pasaran tersebut.

 

            Southwest telah berjaya memperolehi hasil tahunan sebanyak 3.5 billion dollar dengan sedikit hutang di mana untung meningkat secara konsisten setiap tahun. Beroperasi di lebih daripada 50 buah bandar besar di 24 negara, Southwest mempunyai 243 buah kapal terbang (semuanya Boeing 737). Southwest merupakan sebuah syarikat maju yang menawarkan kadar bayaran yang rendah dan hanya menjalankan penerbangan dalam tempoh perjalanan yang singkat iaitu yang mengambil masa tidak lebih dari satu jam. Contohnya penerbangan dari Dallas ke Houston yang mempunyai jarak 250 batu. Terdapat hampir 100 penerbangan yang beroperasi di antara Dallas dan Houston pada setiap hari yang menawarkan bayaran hanya serendah 39 dollar.

 

            Di antara kunci kejayaan Southwest adalah keupayaannya untuk mengawal kos. Southwest tidak beroperasi di peringkat antarabangsa, juga tidak menyediakan makanan dan tidak menawarkan tempat duduk khusus untuk golongan tertentu. Ia juga tidak menawarkan perkhidmatan memindahkan bagasi penumpang ke penerbangan yang seterusnya.

 

            Kos penyelenggaraan dan juga prosedur latihan menjadi lebih mudah dan murah berbanding dengan organisasi lain kerana Southwest hanya memiliki satu jenis kapal terbang iaitu Boeing 737. Disebabkan tambang lebih murah yang dikenakan kepada penumpang, keadaan ini tidak membenarkan Southwest mengeluarkan perbelanjaan yang besar terhadap penyelenggaraan yang dirasakan tidak perlu. Southwest Airlines hanya mengambil masa kurang daripada 20 minit untuk berhenti sebelum penerbangan yang seterusnya. Manakala kebanyakan syarikat lain biasanya mengambil masa hampir sejam untuk proses pembersihan dan penyelenggaraan sebelum penerbangan yang seterusnya.

 

            Herb Kelleher, CEO Southwest merupakan seorang yang dihormati dan sentiasa menjaga kebajikan para pekerjanya. Salah satu daripada polisi yang diamalkan oleh Kelleher adalah tiada pekerja yang akan diberhentikan walaupun pada masa kritikal. Ini menyebabkan kebanyakan pekerjanya setia kepada syarikat. Contohnya pada tahun 1990-1991 apabila berlaku krisis kenaikan harga bahan api, seramai 1/3 daripada 8600 pekerjanya sanggup menawarkan diri untuk dipotong gaji bagi membantu syarikat membeli bahan api yang diperlukan Southwest Airlines. Walaupun gaji yang ditawarkan oleh Southwest adalah gaji purata di pasaran, namun pekerjanya dengan cepat dapat menyesuaikan diri dengan budaya syarikat malah sanggup meluangkan lebih usaha, masa dan tenaga terhadap kerja yang dilakukan.

 

 

Soalan:

  1. Apakah tahap pengurusan bagi Herb Kelleher dan peranan yang  

            dimainkan oleh beliau di peringkat ini?

  1. Bincangkan empat fungsi pengurusan yang terlibat di Southwest Airlines iaitu, merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal.
  2. Jelaskan kepelbagaian kemahiran pengurusan yang digunakan oleh pengurus di Southwest Airlines.

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment