21 July 2011

Latihan Bahagian E

Bahagian E
1.       Berdasarkan Jadual 1 dan jadual 2 di bawah, tafsirkan hubungkait keluasan hutan dan pengeluaran kayu balak dari tahun 2002 hingga tahun 2004

Jadual 1
Malaysia: Keluasan Hutan Antara tahun 2002 – 2004

Negeri
Keluasan Hutan (ribu ekar)
2002
2003
2004
Semenanjung Malaysia
5,892.9
5,880
5,866.9
Sabah
4,380
4,400
4,412
Sarawak
7,816.1
8,086
8,106.1
Jumlah
18,089
18,366
18,385


Jadual 2
Malaysia: Pengeluaran Kayu Balak Antara Tahun 2002-2004

Negeri

Pengeluaran (ribu meter padu)
2002
2003
2004
Semenanjung Malaysia
4,572
4,419
4,358
Sabah
4,436
4,959
5,416
Sarawak
11,855
12,153
12,051
Jumlah
20,863
21,531
21,825

(Dipetik dan diubahsuai daripada Buku tahunan Perangkaan Malaysia 2005)

18 July 2011

Latihan Bahagian E

Latihan Bahagian E

Berdasarkan jadual di bawah, bandingkan pola sebab-sebab utama kemasukan orang ramai ke hospital kerajaan bagi tahun 2005 dan 2006 mengikut jenis kes terpilih di Malaysia. Jelaskan langkah-langkah yang sesuai untuk meningkatkan tahap kesihatan individu.

Malaysia: Sebab Utama Kemasukan Orang Ramai ke Hospital Kerajaan bagi Tahun 2005 dan 2006

Kes
2005
2006
Jumlah (orang)
%
Jumlah (orang)
%
Bersalin
252,345
25.9
257,816
25.3
Kesulitan Semasa Mengandung
144,948
14.8
153,573
15.1
Masalah Sistem Pengaliran Darah
112,884
11.6
120,098
11.8
Masalah Sistem Pernafasan
106,795
10.9
115,691
11.4
Penyakit Berjangkit
106,701
10.6
101,517
10.0
Masalah Penghadaman Makanan
76,382
7.84
21,222
7.91
Keracunan dan Kecederaan
156,006
16.0
167,008
16.4
Penyakit Berhubung Darah
20,617
2.11
80,477
2.1
Jumlah
973,678
100
1,017,402
100

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Mlaysia, 2007)

Latihan Bahagian D (Graf)

Latihan Bahagian  D

Berdasarkan butiran dalam petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan jumlah kematian dan kadar kematian kasar bagi tahun 2005 hingga awal tahun 2007.

Dari sumber Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah kematian dari tahun 2005 hingga awal tahun 2007 menunjukkan peningkatan. Pada tahun 2005, jumlah kematian adalah seramai 113.6 ribu orang dan bertambah sebanyak 1.4 ribu orang pada tahun 2006 dan meningkat lagi sebanyak 1.7 ribu orang tahun berikutnya.

Kaum Melayu yang merupakan kaum terbesar di Malaysia telah menunjukkan jumlah angka kematian yang paling banyak berbanding kaum lain, sebagai contohnya pada tahun 2005, 59.9 ribu orang kematian telah dicatat dengan kadar kasarnya 4.6%. Jumlah ini kemudiannya bertambah kepada 61.0 ribu orang pada tahun 2006 manakala kadar kematian kasarnya berkurang sebanyak 0.1% pada tahun yang sama. Pada awal tahun 2007 bilangan kematian kaum Melayu bertambahsebanyak 900 orangdengan kadar kematiannya adalah malar.

Pada tahun 2005 dan 2006, jumlah kematian kaum Cina menunjukkan bilangan dan kadar kematian kasar yang malar iaitu seramai 31.1 ribu orang dengan kadar kematian kasarnya 5.1%, tetapi pada awal tahun 2007 bilangn kematian kaum Cina bertambah sebanyak 700 orang dan kadar kematian kasarnya masih lagi sama dengan tahun-tahun sebelumnya.

Sungguhpun kaum India menunjukkan jumlah kematian yang agak kecil tetapi kadar kematian kasarnya tinggi berbanding kaum lain. Pada tahun 2005 bilangan kematian bagi kaum India adalah seramai 9,300 orang dengan kadar kematian kasarnya 1.5%. Angka kematian dan kadar kematian kasarnya terus meningkat kepada angka yang sama bagi tahun 2006 dan awal 2007 iaitu 9,400 orang dengan peningkatan kadar kematian kasarnya sebanyak 0.1%.

Pada tahun 2006 bilangan kematian bagi kaum bumiputera Sabah dan Sarawak adalah seramai  9.8 ribu orang dengan kadar kematian kasarnya adalah 3.4%. Angka kematian ini sebenarnya adalah lebih tinggi sebanyak  0.2 ribu orang berbanding tahun 2005 walaupun kadar kematian kasarnya adalah sama. Pada awal tahun 2007 jumlah kematian adalah melebihi sebanyak 0.3 ribu orang dan kadar kematian kasarnya juga meningkat sebanyak 0.1%.

Jumlah kematian bagi warga asing menunjukkan anga yang sama bagi tempoh 2005-2006 iaitu seramai 3,700 orang dan berkurangan sebanyak 100 orang pada awal tahun 2007. Kadar kematian kasarnya untuk tahun 2005 dan 2006 ialah 2.1% dan awal tahun 2007 ialah 2.0%. Perubahan bilangaan kematian warga asing adalah disebabkan dasar yang dilaksanakan di mana kerajaan kita mengurangkan pengambilan warga asing sejak beberapa tahun lepas.

Kesimpulannya dapat di lihat bahawa, jumlah kematian adalah meningkat pada setiap tahun. Diharapkan dengan kemajuan dalam bidang perubatan sekarang ini, jumlah kematian penduduk Malaysia dapat dikurangkan.

(Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, 2007)

15 July 2011

Cadangan Jawapan

Cadangan Jawapan (jawapan lain yang berkaitan boleh di terima)
Isi/isi utama

1.       a. mengganggu keselesaan dan kesejahteraan awam
                  -  gangguan asap rokok di tempat awam seperti restoran, hentian bas
                  - pencemaran sebabkan sesak nafas/ tidak keselesaan
                   - member impak negatif
             
b. menjejaskan kesihatan
- kandungan tar, nikotin yang di hisap
- beri kesan negatif kepada sekeliling perokok
- perokok pasif menghidu dan menjejaskan kesihatan

d. mewartakan zon larangan merokok
- memperluaskan kawasan larangan merokok
- meletakkan papan tanda larangan merokok
- mendenda perokok yang tidak mematuhi peraturan

e. kempen anti rokok
- menyiarkan di media elektronik dan cetak
- adakan dialog, forum, seminar
- pameran/risalah kesan-kesan merokok

f. pendidikan awal yang berkesan
- kesan negatif perokok
-kebaikan dari segi ekonomi
               - pembaziran perbelanjaan

2.       a. dididik mengamalkan nilai-nilai murni
- karya sastera memaparkan nilai murni
- nilai murni dihayati untuk mengupah sikap
- menjadi ikutan jika sentiasa dididik
b. memahami kehidupan masyarakat
-  ilmu mengenal budaya sesuatu masyarakt/etnik
-  semai jatidiri budaya dan masyarakat
- berupaya mengembangkan fikiran

c. memupuk generasi kreatif
- asas dan panduan gaya berkarya
- berimaginasi tinggi
- memperkukuh penguasaan bahasa dan sastera

d. pembudayaan ilmu melalui pembacaan
- menjadikan masyarakat berilmu
- aktiviti yang positif
- pembangunan insane yang seimbang

e. menimbulkan masalah pelajar tidak berminat
- wajibkan pembelajaran sastera
- timbulkan tekanan kepada pelajar
-jadi bosan dan mengganggu proses pembelajaran

3.       a. pemanasan global (isi wajib di jawab)
-pembebasan gas di udara sebabkan lapisan ozon nipis
               - suhu bumi meningkat sebabkan kemarau
               -perubahan iklim sebabkan sumber makanan terjejas

b. wabak penyakit/serangan tanaman
- serangan penyakit/serangga
-merosakan tanaman/ternakan/sumber makanan
-wabak penyakit sebabkan sumber berkurangan

c. bencana alam
-ribut, banjir, gempa bumi dll
-merosakan tanaman/ternakan
- contoh (berikan jenis dan tempat)

d. penghasilann bahan api daripada tanaman
-permintaan tinggi seperti biodiesel
-pengusaha bertukar untuk hasilkan
-menjejaskan sumber makanan

e. teknologi sains dan alam sekitar
-pencemaran dalam penyelidikan
-tersebar bahan beracun
-merosakan hasil tanaman

4.       a. sains forensik dan penyelidik bahan bukti
-teknologi DNA pengesanan
-kajian saintifik bahan bukti
-mengesan punca sesuatu kejadian

b. penciptaan sistem telekomunikasi
-teknologi satelit dengan pengkalan data
-mengetahui dengan segera kejadian
-seperti telefon, dll

c. rawatan dan perubatan untuk pengesanan jenayah
- ujian psikoterapi seperti hypnosis
-dapat mengigatkan sesuatu kejadian
-menggunakan ubat penenang semasa sesi siasatan

d. alatan keselamatan seperti CCTV
-merakamkan kejadian jenayah
-Tingkatkan keselamatan
-hubungkan terus ke pankalan polis

13 July 2011

Pengajaian Am 2. Sila sediakan idea/isi-isi utama dan emailkan jawapan. TQ

Latihan bahagian A dan B

1.       1. Amalan merokok di tempat-tempat awam mengundang pelbagai implikasi negatif dan langkah-langkah yang wajar perlu diambil untuk mengatasinya. Huraikan pernyataan ini.

2.      2.  Pembelajaran kesusasteraan memberi banyak kesan positif kepada pelajar sekolah menengah di negara ini. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.


3.      3. Selain fenomena pemanasan global, krisis makanan dunia turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Huraikan pernyataan ini.

4.        4. Pelbagai kaedah telah digunakan untuk mendapatkan bukti-bukti bagi menyelesaikan kes jenayah. Aplikasi ilmu sains dan teknologi berupaya membantu manusia untuk menangani masalah jenayah dengan lebih efektif. Huraikan pernyataan ini.

15 May 2011

BAGAIMANA KILAT TERJADI

Bagaimana kilat, petir dan guruh terjadi?

Kilat terjadi apabila udara turun naik di dalam awan mengakibatkan pemisahan cas positif dan negatif. Kilat adalah nyahcas yang terhasil apabila perbezaan cas elektrik di antara permukaan bumi dan atmosfera yang cukup besar untuk mengatasi kesan penabatan udara.

Kilat adalah cahaya terang yang terbentuk sewaktu pelepasan elektrik ke atmosfera ketika hujan ribut. Petir boleh berlaku ketika regangan elektrik pada dua titik terpisah dalam satu awan, antara awan dan permukaan tanah atau antara dua permukaan tanah.

Ribut petir pula ditakrifkan oleh Pertubuhan Kaji Cuaca Sedunia (WMO) sebagai kejadian satu atau lebih nyahcas elektrik secara tiba-tiba menghasilkan lintasa cahaya (kilat) dan bunyi guruh.
Ia akan berkembang secara menyisi dan menegak menjadi awan padat yang lebih besar yang disebut sebagai awan kumulosnimbus, dengan pergolakan kuat di dalamnya dan aliran keluar yang kuat di bawah dasarnya.

Kilat boleh terjadi sama ada di dalam awan, dari awan ke awan, atau antara awan dengan permukaan bumi. Kilat kerap menyambar di luar kawasan hujan lebat dan boleh berlaku sejauh 16 kilometer dari kawasan hujan berkenaan.

Udara kawasan dipanah kilat menjadi panas dan mencapai suhu melebihi 27,000 °C, lebih panas daripada permukaan matahari. Pemanasan dan penyejukan cepat udara berhampiran kawasan yang terkena kilat menghasilkan renjatan gelombang yang mengejut lalu menghasilkan guruh. Satu kilat mampu menghasilkan elektrik yang besar daripada apa yang dihasilkan oleh Amerika.

Satu kali kilat menyambar, ia memiliki tenaga yang boleh menyalakan sebiji mentol 100 watt selama 3 bulan. Satu samabran kilat mengandungi kekuatan elektrik sebesar 20,000 Ampere. Kilat bergerak dengan kecepatan 150,000 kilometer sesaat atau separuh kecepatan cahaya dan 10,000 kali ganda lebih cepat dari bunyi.

Kilat terjadi dalam bentuk sekurang-kurangnya dua sambaran. Pada sambaran pertama, muaran negatif mengalir dari awan ke permukaan tanah. Sejumlah kilat bercabang biasanya dapat dilihat menyebar keluar dari jalur kilat utama. Ketika sambaran pertama ini tida di permukaan tanah, satu muatan bertentangan terbentuk pada titik yang akan disambarnya dan arus kilat kedua yang bermuatan positif terbentuk dari dalam jalur kilat utama terus menuju ke awan.

Dua kilat berkenaan biasanya bertemu kira-kira 50 meter di atas permukaan tanah. Arus pendek terbentuk di titik pertemuan antara awan dan permukaan tanah itu dan hasilnya satu arus elektrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama menuju ke awan.Perbezaan tegangan aliran elektrik antara awan dan permukaan tanah ini melebihi beberapa juta volt.

Saintis mengatakan kilat mampu menyambar semua benda yang terdedah di pemukaan bumi seperti bangunan, tangki, pokok, puncak bukit, kenderaan, menara telekom, lampu, haiwan, dan manusia yang berada di luar rumah ketika ribut petir seperti ahli sukan, pemain golf dan pejalan kaki.

05 May 2011

APAKAH SUMBER EKONOMINYA

Senarai Negara Terkecil Dunia
Berikut merupakan senarai lengkap 17 negara merdeka yang terkecil dunia. Senarai dimulakan dengan negara terkecil dan seterusnya . Negara yang diklasifikasikan sebagai kecil ini, mempunyai keluasan tidak lebih dari 200 batu persegi. ( Singapura tidak termasuk ke dalam senarai kerana keluasannya adalah 246 batu persegi )


  1. Vatican City - 0.2 batu persegi - Negara yang terkecil didunia. Vatican merekodkan penduduk seramai 770 orang namun tidak seorang pun yang menjadi penduduk tetap. Negara kecil ini yang keluasannya hanya mengelilingi Gereja St Peter Basilica dan kawasan sekitarnya adalah pusat kerohanian bagi dunia Roman Katolik ( 1 bilion penganut ) . Dikenali juga sebagai Holy See, ianya dikelilingi bandar Rome, Italy.
  2. Monaco - 0.7 batu persegi - Negara ini terletak disepanjang French Riviera, French Mediterranean berdekatan dengan Nice. Ia menjadi negara kepada 32 ribu orang dan sangat dikenali dengan  kemasyhuran kasino Monte Carlo dan Puteri Grace . Negara ini mendapat kemerdekaan berulang ulang kali sejak abad ke 13.
  3. Nauru - 8.5 batu persegi - Kepulauan Pasifik ini adalah rumah kepada 13 ribu orang penduduk dan bergantung sepenuhnya kepada perusahaan perlombongan fosfat. Negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1968 dimana sebelum itu ia lebih dikenali sebagai Pleasant Island.
  4. Tuvalu - 9 batu persegi - Negara yang terbentuk dari penyatuan 9 pulau batu karang di sepanjang 360 batu di Polynesia. Mendapat kemerdekaan pada tahun 1978, pulau yg juga dikenali sebagai Ellice Island ini mempunyai 12 ribu penduduk .
  5. San Marino - 24 batu persegi - Terletak di pergunungan Titano, Utara Tengah Itali, ia mempunyai 29 ribu warganegara. Negara ini juga dikatakan negara yang tertua di Eropah kerana ia telah wujud dari abad ke 4 Masehi.
  6. Liechtienstein - 62 batu persegi - Negara bagi 34 ribu nyawa ini terletak di pinggir Sungai Rhine, diantara Swtzerland dan Austria di Banjaran Alps
  7. Marshall Island - 70 batu persegi - Terdiri dari pulau batu karang ( termasuk yang terbesar didunia - Kwajalein ), terumbu dan 34 pulau kecil yang lain,  mempunyai populasi seramai 58 ribu nyawa, mendapatkan kemerdekaan pada tahun 1986. Sebelum ini , ianya merupakan sebahagian dari Trust Territories Of Pacific Island yang diperintah oleh U.S
  8. Saint Kitts And Nevis - 104 batu persegi - Pulau Carribean yang mempunyai 39ribu penduduk ini mendapat kemerdekaan pada tahun 1983. Nevis adalah pulau yang lebih kecil diantara 2 pulau ini namun dijamin haknya oleh Saint Kitts.
  9. Seychelles - 107 batu persegi - Terletak di Lautan Hindi dan berkepadatan penduduk seramai 81 ribu orang, pulau ini mendapat kemerdekaannya dari British pada tahun 1976
  10. Maldives - 115 batu persegi - Hanya 200 pulau ( 10% ) dari jumlah 2000 kepulauan Lautan Hindi yang membentuk negara ini  berpenghuni dan jumlah yang direkodkan adalah seramai 340 ribu orang. Dimerdekakan dari Pemerintahan British pada 1965. 
  11. Malta - 122 batu persegi - Terletak berdekatan dengan selatan Pulau Sicily ( Itali ), ia mendapat kemerdekaan dari British pada 1964. Tentera British terakhir meninggalkan pulau ini pada 1979. Penduduknya pula adalah seramai 400 ribu orang 
  12. Grenada - 133 batu persegi - Pulau Carribean ini dihuni sejumlah 90 ribu orang dan mendapat kemerdekaan dari British dalam tahun 1974. Terletak agak hampir dengan Venezuela.
  13. Saint Vincent And The Grenadines - 150 batu persegi - 117 ribu orang yang menduduki pulau yang agak berangin di Carribean ini . British memberikan kemerdekaan pada tahun 1979.
  14. Barbados - 166 batu persegi - Terletak paling timur gugusan Lesser Antilles di Carribean dan dihuni seramai 280 ribu nyawa. Kemerdekaan dari British hadir pada 1966
  15. Antiqua And Barbuda - 171 batu persegi - Kepulauan Carribean yang menjadi negara kepada 69 ribu orang dan merdeka dari British pada 1981. 3 pulau yang membentuk pulau ini bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan ( Seperti kebanyakan kepulauan Carribean yang lain )
  16. Andorra - 180 batu persegi - Negara Pricipality Of Andorra yang merdeka ini diperintah secara bersama oleh Presiden Perancis dan Bishop Of Urgel, Sepanyol .Hanya berkepadatan 70 ribu penduduk, negara yang menjadi destinasi pelancongan pergunungan ini terletak di Pyrennes diantara Perancis Dan Sepanyol dan merdeka sejak tahun 1278 .
  17. Palau - 191 batu persegi - Palau ( juga dikenali dengan nama Belau ) pernah menjadi sebahagian dari Trust Territories Of Pacific Island ( U.S ). Pernah dinamakan sebagai Carolines, ia terdiri dari sebanyak 200 pulau di Lautan Pasifik . Penduduknya adalah seramai 20 ribu orang dan menjadi negara merdeka pada tahun 1994.